Puding Roti Coklat Lazat Dengan Rasa Coklat Mewah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Untuk kali ini saya nak kongsikan satu lagi resepi dessert yang mudah dan sudah tentulah sedap iaitu puding roti coklat dari lebihan roti daripada mini pizza yang saya buat dalam video sebelum ini.

Daripada lebihan roti tu saya hasilkan resepi puding roti coklat supaya tidak membazir. Ada banyak resepi yang berasaskan roti pernah saya kongsikan sebelum ni. Antaranya yang menjadi kegemaran saya ialah puding roti pisang dan puding roti sos kastard. Kalau nak resepi mudah menggunakan roti, boleh cuba resepi agar-agar roti ni. Korang boleh search je perkataan roti dalam blog ni, nanti akan jumpa pelbagai resepi yang saya buat menggunakan roti. Puding roti coklat ni boleh dikukus atau dibakar. Saya lebih suka bakar supaya bahagian atasnya menjadi rangup.

Dalam resepi ini saya menggunakan susu segar, sekiranya tiada susu segar boleh digantikan dengan susu cair. Korang juga boleh tambahkan kismis, ceri atau kekacang untuk menyedapkan lagi puding ni. Untuk hiasan pula boleh letakkan coklat kegemaran masing-masing seperti coklat rice, coklat chip atau nutella ikut selera sendiri. Puding roti coklat ni sedap di makan semasa panas mahupun sejuk. Tapi kalau saya, lebih suka makan yang sejuk. Hehehe. Puding roti coklat ini boleh dihidangkan bersama aiskrim vanilla atau pun sos kastard. Ok, apa tunggu lagi. Jom kita cuba buat resepi ni!

Kalau korang nak senang faham cara membuat puding roti coklat ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan puding roti coklat:

  • 500 gram Roti
  • 2 sudu besar Mentega
  • 4 biji Telur
  • 3/4 cawan Gula (150gm)
  • 1/4 cawan Serbuk Koko (30gm)
  • 2 sudu besar Tepung Jagung
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 1/2 sudu kecil Nescafe
  • 2 cawan Susu Segar
  • 1 cawan Susu Coklat

Cara-cara membuat puding roti coklat:

  1. Mula-mula potong roti kecil-kecil.
  2. Sapukan loyang atau bekas yang sesuai dengan sedikit mentega dan masukkan roti tadi ke dalamnya. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain masukkan mentega, telur dan gula. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan koko, tepung jagung, esen vanilla pukul sebentar dan tambahkan serbuk nescafe. Pukul lagi sehingga sebati.
  5. Masukkan susu segar dan susu coklat kacau sehingga semuanya sebati.
  6. Kemudian, tuang adunan susu ke dalam loyang yang berisi roti tadi. Tekan-tekan roti supaya tenggelam.
  7. Taburkan coklat kegemaran sebagai hiasan.
  8. Tekan-tekan lagi dan perapkan adunan roti selama 30 minit supaya semuanya sebati dan kembang.
  9. Bakar pada suhu 180°C selama 50 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing. Siap!
Puding Roti Coklat
Puding Roti Coklat
Puding Roti Coklat
Puding Roti Coklat

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo