New York Cheesecake Yang Memikat Kalbu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Apa khabar? Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ni saya nak kongsikan resepi kek untuk korang semua iaitu New York Cheesecake. Selagi korang tak makan New York Cheesecake ni korang tak boleh pergi New York! Haha.

New York Cheesecake yang sangat mewah dengan rasa cheese yang lemak dan berkrim. Cara membuatnya amat mudah cuma memerlukan sedikit kesabaran kerana perlu disejukkan beberapa jam. Setelah cheesecake masak, biarkan ia di dalam oven selama 1 jam. Kemudian cheesecake ini perlu disejukkan di dalam peti sejuk selama sekurang- kurangnya 6 jam. Walaupun proses untuk menyejukkan kek ini agak lama, tetapi ianya berbaloi kerana rasa kek ini sangat sedap dan marvellous. Kalau tak percaya korang boleh buat dan rasa sendiri. Hehe.

Biskut untuk bahagian kerak boleh gunakan apa-apa jenis biskut yang korang gemari. Untuk bahagian atas pula boleh digandakan semua bahan jika mahu cheese yang lebih tebal. Jika korang inginkan rasa cheese yang lebih sedap gunakan krim keju premium seperti Anchor Philadelphia, Dairylands dan sebagainya. New York Cheesecake ini sedap di makan sejuk dan sesuai dihidangkan bersama sos blueberry atau sos strawberry. Ataupun boleh juga di makan bersama buah-buahan yang sedikit masam seperti blueberry, raspberry, strawberry, kiwi atau sebagainya mengikut selera masing-masing. Ok, apa tunggu lagi jom kita buat!

Sebelum korang cuba buat New York Cheesecake ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan New York Cheesecake:

Bahan untuk kerak:

  • 150gm Biskut Marie
  • 75gm Mentega Cair

Bahagian atas:

  • 250gm Krim Keju
  • 130gm Gula Kastor
  • 2 Biji Telur
  • 1 sk Esen Vanila
  • 1 Sb Jus Lemon
  • 2 Sb Tepung Jagung
  • 80gm Yogurt Asli
  • 150ml Krim Putar

Cara-cara untuk membuat New York Cheesecake:

  1. Kisar biskut merie sehingga hancur.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan mentega yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  3. Selepas itu, tuang ke dalam loyang atau dulang pembakar yang bersaiz 7@8 inci. Tekan dan ratakan biskut di dasar loyang. Ketepikan.
  4. Pukul krim keju dan gula kastor sehingga sebati.
  5. Masukkan telur dan pukul lagi.
  6. Masukkan esen vanila dan jus lemon. Pukul sebentar.
  7. Tambahkan tepung jagung dan yogurt pukul hingga rata.
  8. Akhir sekali, masukkan krim putar dan pukul sehingga rata kesemuanya.
  9. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut marie tadi.
  10. Bakar dengan menggunakan teknik waterbath pada suhu 160°c selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. (pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu).
  11. Selepas kek masak, biarkan kek di dalam oven selama 1 jam (buka atau renggangkan sedikit pintu oven).
  12. Sejukkan kek di dalam peti sejuk selama 6 jam. Siap! Sedia dinikmati.

New York Cheesecake
New York Cheesecake
New York Cheesecake

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top