White Sauce Pasta | Pasta Sos Putih Kegemaran Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan makanan kegemaran anak-anak saya iaitu white sauce pasta atau pasta sos putih. Anak-anak saya memang sangat suka makanan ala Itali ni. Baik pasta, spaghetti, macaroni semuanya diaorang suka termasuk la saya juga. Hehe. Ada beberapa jenis masakan ala Itali yang mudah pernah saya kongsikan sebelum ini. Antaranya ialah aglio olio, spaghetti carbonara, meatball spaghetti dan macam-macam lagi.

White sauce pasta ni boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai jenis pasta yang korang suka. Dalam resepi ni, saya menggunakan penne pasta sebab pasta tu je yang ada stok dekat rumah. Hehe. Sayur-sayuran di dalam pasta ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Goreng sayur lebih kurang 2-3 minit sahaja untuk mengekalkan kerangupan sayur.

Korang juga boleh tambahkan segala jenis herba mengikut selera korang sendiri seperti parsley, thyme dan sebagainya. Pendek kata boleh dipelbagaikan. Boleh letak sedikit gula untuk mengimbangkan rasa masin dan pedas jika suka. Sos putih ini boleh ditambah dengan heavy cream dan juga cheese untuk menaikkan rasa lemak dan menambahkan kesedapannya. Selamat mencuba semua!

Sebelum korang nak cuba masak resepi white sauce pasta ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan white sauce pasta:

Bahan pasta:

  • Pasta
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak

Bahan sayur:

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/4 cawan lobak merah
  • 1/2 cawan brokoli
  • 1/2 cawan lada beggala merah

Bahan sos putih:

  • 3 sudu besar mentega
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 cawan susu penuh krim
  • 1 sudu kecil oregano
  • 1 sudu kecil herba itali
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil emping cili
  • garam

Cara-cara membuat white sauce pasta:

  1. Rebus pasta bersama garam dan minyak sehingga lembut. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng kesemua sayur dengan minyak selama lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan mentega ke dalam kuali, tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan tepung kacau sebentar dan tambahkan susu penuh krim kacau lagi sehingga sedikit pekat.
  5. Kemudian, masukkan oregano, herba italy, serbuk lada hitam, emping cili dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  6. Masak sehingga sos menjadi pekat.
  7. Akhir sekali, masukkan pasta serta sayur tadi dan gaul sehingga sebati kesemuanya. Siap! Boleh dihidangkan.
White Sauce Pasta
White Sauce Pasta
White Sauce Pasta

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo