Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hi semua.. Kali ni saya nak kongsikan satu resepi sihat iaitu telur dadar oat. Kebiasaannya telur dadar kita buat cuma menggunakan telur. Tapi korang pernah terfikir tak nak letak oat dalam telur dadar? Haa.. tentu ada yang tak pernah cubakan! Hehe.. So, kali ni saya letakkan Nutrabliss Instant Organic Oat by Watsons dalam telur dadar ni supaya lebih mengenyangkan. Untuk menggoreng telur ni pula, saya gunakan Nutrabliss Extra Virgin Coconut Oil by Watsons kerana minyak ini lebih sihat berbanding dengan minyak kelapa biasa.
Untuk pengetahuan, Watsons ialah kedai rantaian penjagaan kesihatan dan rantaian penjagaan kecantikan terbesar di Asia. Selain menjual pelbagai jenis barangan kecantikan dan kesihatan seperti vitamin watsons juga ada menjual pelbagai jenis makanan yang berasaskan kesihatan antaranya Nutrabliss Instant Organic Oat dan Nutrabliss Extra Virgin Coconut Oil. Terdapat banyak lagi makanan kesihatan yang lain di watsons dan korang boleh beli dan cuba sendiri. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak watsons kerana sudi menaja makanan kesihatan dan bekerjasama dengan team buat orang lapo.
Untuk resepi ni, selain oat saya tambahkan juga bahan-bahan lain supaya rasanya lebih sedap. Antara bahan yang saya letakkan dalam resepi ni adalah lobak merah. Maklum la anak-anak saya tak berapa suka makan sayur, jadi bila letak dalam telur dadar ni habis je diaorg makan. Ini adalah tips dan salah satu cara untuk saya bagi anak-anak makan sayur. Hehehe.. Dalam resepi ni tak perlu sukatan yang tepat untuk bahan-bahan yang digunakan. Korang boleh tambah atau letak apa sahaja bahan yang sesuai mengikut selera dan citarasa masing-masing. Sayur-sayuran juga boleh dipelbagaikan dengan menambahkan tomato, bayam, bunga kobis dan sebagainya. Pada sesiapa yang suka pedas boleh letakkan cili padi. Daun ketumbar pula boleh digantikan dengan daun sup atau daun bawang. Korang boleh juga campurkan dengan tauhu lembut atau tahu jepun yang di potong halus ke dalam adunan telur jika suka. Sudah tentu telur dadar oat korang lebih sedap nanti. Hehe.. Saya juga menggunakan susu segar dalam resepi ni supaya telur dadar oat ni jadi lebih lembut.
Resepi telur dadar oat ni sangat sesuai untuk sesiapa yang sedang berdiet. Yang tak diet pun boleh cuba resepi ni sebab rasanya sangat sedap dan dengan penggunaan oat ni menjadikan telur dadar ni bertambah lembut walaupun dah sejuk. Bagi korang yang belum pernah cuba resepi telur dadar oat ni boleh tengok resepinya di bawah ni dan cuba sendiri keenakkannya. So apa tunggu lagi, jom kita buat. Selamat mencuba!
Kalau nak beli barangan Nutrabliss ni, boleh dapatkan di mana-mana store watsons dan juga online store watsons di https://bit.ly/38kV8Aw
Kalau nak tau cara penyediaan telur dadar oat yang sihat ni korang boleh tengok dulu video yang saya sediakan kat atas ni, supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay!
Bahan-Bahan Telur Dadar Oat:
- Bawang Besar
- Cili Besar
- Lobak Merah
- Daun Ketumbar
- 3 Biji Telur
- 1/2 Cawan Nutrabliss Instant Organic Oat daripada Watsons
- 1/4 Cawan Susu Segar
- Garam
- Serbuk Lada Hitam
- Organic Extra Virgin Coconut Oil daripada Watsons
Cara-Cara Untuk Membuat Telur Dadar Oat:
- Hiris bawang besar, cili besar, lobak merah dan daun ketumbar. Ketepikan dahulu.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
- Masukkan oat, susu segar dan bahan-bahan yang dihiris tadi, garam secukupnya serta serbuk lada hitam. Kacau sehingga semuanya sebati.
- Kemudian, panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng bancuhan telur dengan api sederhana sehingga masak dan kekuningan di kedua-dua belah. Angkat dan boleh dihidangkan.
Kalau nak beli barangan Nutrabliss ni, boleh dapatkan di mana-mana store watson dan juga online store watson di https://bit.ly/38kV8Aw.
Untuk dapatkan periuk yang saya gunakan dalam video ni boleh tekan link ni https://www.watsons.com.my/gold-granite-coated-fry-pan-28cm/p/BP_84026
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo