Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi biskut oat premium yang paling sedap dan lazat. Resepi biskut ni saya gunakan oat Yogood. Untuk pengetahuan korang, oat Yogood ni dah ada macam-macam bahan tambahan kat dalamnya macam buah-buahan, kekacang, chia seed dan macam-macam lagi. Ada banyak perisa yang kita boleh pilih. Kalau nak guna untuk buat overnight oat pun mudah sangat sebab kita tak perlu beli bahan-bahan lain lagi secara berasingan. Semuanya dah lengkap dalam sekotak oat Yogood ni. Yogood juga ada pelbagai lagi produk lain seperti Yogood Crunchy Muesli, Muesli Bars dan Peanut Butter yang mempunyai 2 jenis pilihan iaitu Crunchy dan Smooth. Jadi pada sesiapa yang nak rasa keenakan produk Yogood ni boleh la dapatkan di pasaraya yang terdekat.
Untuk mendapatkan biskut oat yang sedap dan premium bahan-bahan yang digunakan perlulah yang premium juga, baru la dapat rasa biskut yang lebih sedap. Saya gunakan mentega asli tanpa garam dalam resepi ni. Mentega perlu berada dalam suhu bilik dan lembut sebelum di gunakan. Untuk tepungnya saya gunakan tepung serbaguna. Jika tiada, boleh gantikan dengan tepung gandum biasa yang dicampurkan dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat. Gula tidak perlu banyak kerana oat dari Yogood ni dah ada rasa manis. Saya gunakan dua jenis oat iaitu Oat Blissful Blueberry & Cranberry dan juga Oat Nuts & Chia. Korang boleh guna satu atau lebih jenis oat mengikut kesesuaian dan selera masing-masing.
Biskut ni saya bakar lebih kurang dalam 15-18 minit untuk dapatkan biskut yang rangup. Kalau suka biskut yg lembut dan chewy, boleh bakar lebih kurang dalam 10-13 minit bergantung pada oven masing-masing dan juga saiz biskut yang kita buat tu. Jarakkan sedikit adunan biskut yang discoop di dalam tray atau loyang kerana biskut akan kembang sedikit semasa dibakar. Rasa biskut oat ni memang sangat sedap sebab ada pelbagai bahan kat dalam biskut tu dengan penggunaan oat Yogood ni. Biskut oat ni juga adalah salah satu resepi biskut yang paling sedap di dunia yang pernah saya buat! Haha.. Kalau korang tak percaya boleh cuba resepi ni dan rasai sendiri kelainan dan keenakannya. Selamat mencuba semua! Jumpa lagi di entri akan datang.
Kat atas ni saya ada sediakan video tutorial cara membuat biskut oat premium ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba di situ, serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Biskut Oat Premium:
- 1 Cawan (125 gram) Tepung Serbaguna
- 1/4 Sudu Kecil Serbuk Penaik
- 1/4 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
- 1/4 Sudu Kecil Garam
- 1/2 Cawan @ 113 gram Mentega Asli Tanpa Garam
- 1/2 Cawan Gula Kastor
- 1 Biji Telur (gred A)
- 1 Sudu Kecil Esen Vanila
- 1 Cawan Oat Yogood Blissful Blueberry & Cranberry
- 1/2 Cawan Oat Yogood Nuts & Chia
Cara-Cara Untuk Membuat Biskut Oat Premium:
- Ayak tepung serbaguna bersama serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan dahulu.
- Pukul mentega tanpa garam dan gula sehingga gebu dan ringan serta mentega bertukar menjadi pucat.
- Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung tadi dan gaulkan dengan menggunakan spatula sahaja sehingga sebati.
- Tambahkan Oat Yogood Blissful Blueberry & Cranberry dan Oat Yogood Nuts & Chia ke dalam adunan dan gaul sehingga rata dan sekata.
- Sementara itu, panaskan oven lebih kurang 10 minit.
- Sudukan atau scoopkan adunan biskut ke atas tray atau loyang yang telah di alas dengan kertas pembakar mengikut saiz yang sesuai dan disukai.
- Bakar pada suhu 180°C selama 15 hingga 18 atau sehingga keperangan bergantung kepada saiz biskut dan oven masing-masing. Siap! Sedia untuk dimakan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo