Kek Buah-Buahan Dan Kekacang Sukatan Cawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi kek buah-buahan dan kekacang yang sangat mudah. Kek ni memang sangat sedap dan moist kerana ada pelbagai buah-buahan dan kekacang campuran di dalamnya. Dalam resepi ni saya menggunakan produk daripada watsons. Untuk pengetahuan, Watsons ialah kedai rantaian penjagaan kesihatan dan penjagaan kecantikan terbesar di Asia. Selain menjual pelbagai jenis barangan kecantikan dan kesihatan seperti vitamin, watsons juga mempunyai produk makanan mereka sendiri. Tentu ramai yang tidak tahukan? Hehe.. Antaranya ialah pelbagai jenis buah-buahan kering, kekacang dan bijirin campuran Nutrabliss. Terdapat beberapa pilihan produk Nutrabliss daripada watsons iaitu Nutrabliss Organic Mixed Dried Fruits, Natural Raw Almonds, Nutrabliss Natural Raw Walnuts, Nutrabliss Natural Mixed Nuts And Dried Fruits dan lain-lain lagi. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak watsons di atas kesudian menaja produknya dan bekerjasama dengan team buat orang lapo.

Dalam resepi ni, saya kongsikan juga tips supaya buah-buahan dan kekacang tidak tenggelam semasa membakar kek. Tipsnya ialah dengan meletakkan sedikit tepung gandum ke dalam buah-buahan dan kekacang dan digaul rata sebelum dimasukkan ke dalam adunan kek. Tips ni juga boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek lain yang ada buah-buahan, kekacang mahupun coklat. Kek ni sangat moist sebab ada campuran yogurt di dalamnya. Saya menggunakan mentega tanpa garam dalam resepi ni. Korang boleh gantikan dengan mentega bergaram tapi kena skip penggunaan garam dalam resepi ni tau. Nanti terlebih masin pulak kek korang! Hahaha.. Gunakan mentega premium untuk rasa kek yang lebih sedap.

Dalam resepi ni saya gunakan tepung gandum. Boleh juga gunakan tepung naik sendiri tapi tak perlu masukkan serbuk penaik dan soda bikarbonat. Biasanya kek ni akan lebih sedap dimakan bila disimpan semalaman sebab rasa buah-buahan tu lebih meresap kat dalam kek dan kek menjadi lebih moist. Boleh balut kek dengan pembalut plastik atau masukkan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapannya dan supaya kek tidak menjadi kering. Namun pastikan kek telah betul-betul sejuk dahulu baru boleh balut tau! Hehehe. Jika korang suka kek buah-buahan dan kekacang campuran ni boleh la cuba untuk dijadikan sebagai hidangan untuk keluarga tersayang. Jom kita buat sama-sama. Selamat mencuba!

Untuk melihat cara penyediaan resepi kek buah-buahan dan kekacang ni korang boleh tengok dulu video yang telah saya sediakan kat atas ni. Korang boleh tengok video yang kami sediakan supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba di situ, serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Kalau nak beli barangan Nutrabliss ni, boleh dapatkan di mana-mana store watsons dan juga online store watson di https://bit.ly/38kV8Aw.

Bahan-Bahan Untuk Kek Buah-Buahan Dan Kekacang:

  • 1 Cawan Nutrabliss Organic Mixed Dried Fruits
  • ½ Cawan Nutrabliss Natural Raw Almonds (unsalted)
  • ½ Cawan Nutrabliss Natural Raw Walnuts (unsalted)
  • ¼ Cawan Tepung Gandum
  • 115 Gram Mentega (tanpa garam)
  • ¾ Cawan Gula Kastor
  • 1 Biji Telur
  • 1 Cawan Yogurt
  • 1 ¾ Cawan Tepung Gandum
  • ¼ Sudu Kecil Garam
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  • Nutrabliss Natural Mixed Nuts And Dried Fruits (untuk hiasan)

Cara-Cara Untuk Membuat Kek Buah-Buahan Dan Kekacang:

  1. Sukat Nutrabliss Organic Mixed Dried Fruits dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian, sukat pula Nutrabliss Natural Raw Almonds (unsalted) dan juga Nutrabliss Natural Raw Walnuts (unsalted) dan cincang kecil kekacang ni dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Ketepikan dahulu.
  4. Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan gebu. Adunan yang telah kembang akan menjadi ringan dan bertukar warna pucat.
  5. Masukkan pula telur dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
  6. Kemudian, masukkan yogurt dan pukul lagi hingga sebati sahaja, tak perlu pukul lama sangat.
  7. Ayakkan tepung gandum, garam, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan tadi.
  8. Kaup balik sahaja adunan menggunakan spatula sehingga tepung sebati dan tidak berketul-ketul. Tak perlu gunakan mixer lagi untuk mengelakkan kek menjadi mampat selepas di bakar.
  9. Sementara itu, boleh panaskan oven lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  10. Akhir sekali, masukkan buah-buahan dan kekacang tadi dan gaulkan sehingga rata dan sekata.
  11. Sediakan loyang bersaiz 7@8 inci yang telah dioles dengan mentega atau marjerin dan dilapik dengan kertas pembakar.
  12. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  13. Taburkan Nutrabliss Natural Mixed Nuts And Dried Fruits di atasnya sebagai hiasan.
  14. Bakar adunan kek pada suhu 175°C selama 45 hingga ke 50 minit atau bergantung kepada oven masing-masing.
  15. Cucuk dengan lidi untuk cek bahagian dalam kek telah masak atau tidak.
  16. Kalau dekat lidi tu masih ada adunan yang cair masih melekat maksudnya kek masih belum masak lagi. Jangan risau jika kek masih belum masak, boleh tambahkan masa membakar sehingga kek betul-betul masak. Siap!

Nota:

  • Kekacang yang digunakan boleh dipotong kepada saiz yang lebih kecil.
  • Boleh letak cip coklat, ceri atau hiasan lain yang sesuai di atas kek.
Kek Buah-Buahan
Kek Buah-Buahan
Kek Buah-Buahan

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo