March 5, 2021

Shakshouka Sajian Ringkas Dari Timur Tengah

Assalamualaikum. Hi semua. Apa khabar? Dalam entri kali ni saya nak kongsikan resepi Shakshouka atau nama lainnya Eggs Poached in Spicy Tomato Sauce. Agak pelik bunyi dan namanyakan. Bagi yang tidak pernah mencuba resepi Shakshouka, sajian ini sebenarnya merupakan sajian yang berasal dari negara Timur Tengah. Saya sendiri pun baru firstime cuba resepi ni. Hehehe. Shakshouka merupakan hidangan berkuah yang diperbuat dari buah tomato serta pes tomato yang dikelilingi telur. Shakshouka lazimnya dimakan sebagai sarapan pagi kerana sajian ini agak ringan namun tetap mengenyangkan dan rasanya memang sedap kena dengan selera saya sekeluarga. Sebelum ni saya juga ada kongsikan beberapa variasi resepi yang menggunakan telur yang mudah untuk dicuba. Antaranya ialah telur goreng sambal dengan tips masak sambal yang lebih sedap, telur dadar oat, telur air asam viral dan macam-macam lagi.

Hidangan shakshouka ini sangat mudah untuk disediakan. Selain sangat ringkas, bahan-bahannya juga mudah didapati. Ada pelbagai resepi untuk membuatnya, namun untuk resepi ni saya olah sedikit mengikut selera saya. Jika korang kurang menggemari makanan pedas, hidangan ini sesuai untuk korang. Tapi bagi yang suka masakan pedas, korang boleh ubah kadar kepedasannya dengan lebihkan serbuk paprika dan empingan cili atau boleh juga tambahkan dengan hirisan cili padi ikut selera sendiri. Boleh tambah sayuran lain seperti lobak merah, bunga kobis atau sebagainya jika suka. Ada juga yang menggunakan daging dan ayam kisar dalam resepi ni. So, korang boleh tambahkan selepas menumis bawang, sebelum masukkan bahan-bahan yang lain.

Telur pula terpulang pada korang nak letak berapa biji. Bagi saya, telurnya lebih sedap jika cair sedikit dan untuk kuahnya tidak perlu terlalu pekat sebab boleh dicicah dengan roti bakar. Hehe.. Shakshouka ni sesuai juga dihidangkan bersama roti perancis, tortilla, roti pita dan sebagainya. Ianya lebih enak dihidangkan semasa panas-panas. Taburan daun parsley diatasnya membuatkan baunya sangat wangi dan membuka selera. Jika korang ingin menjadikan shakshouka ni sebagai menu sarapan keluarga, so cubalah resepi mudah dan sedap ini dan rasai sendiri kelainan serta keenakkannya. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara membuat shakshouka ni, korang boleh tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk lihat video menarik, mudah dan best kat situ serta jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Shakshouka:

  • Minyak Zaitun
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 Biji Lada Benggala
  • 3 Biji Tomato (Didadu)
  • 200 gm Pes Tomato
  • 1 sk Herba Campuran
  • 1 sk Serbuk Paprika
  • 1 sk Emping Cili
  • 1/2 sk Serbuk Lada Hitam
  • Garam
  • Gula
  • Air
  • Telur
  • Parsley

Cara-Cara Untuk Membuat Shakshouka:

  1. Panaskan minyak zaitun Dan tumis bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan bawang putih dan cili benggala. Kacau sebentar.
  3. Masukkan tomato dan pes tomato. Kacau rata.
  4. Kemudian, masukkan pula serbuk paprika, emping cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati kesemuanya.
  5. Letakkan sedikit air untuk kuahnya dan tunggu sehingga mendidih.
  6. Pecahkan telur dan tutup kuali supaya telur masak.
  7. Akhir sekali, taburkan daun parsley. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
Shakshouka
Shakshouka
Shakshouka

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →

Leave a Reply

%d bloggers like this: