Kek Span Hazelnut Cheese Leleh Versi Kukus

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya kongsikan cara untuk membuat kek span yang lembut dan gebu. Rasa kek span ni jadi lebih sedap dan mewah bila ditambah dengan hazelnut spread dan toppingnya pula ditambah dengan cookie spread. Kek kali ni saya buat versi kukus. Baca tips kat bawah untuk dapatkan kek yang lembut dan gebu.

Bahan-Bahan:

  • 5 biji Telur (saiz A)
  • ¾ cawan (150 gm) Gula Kastor
  • 1 sudu besar Ovelatte
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 3 sudu besar Sapuan Hazelnut Cottura
  • 2 cawan (250 gm) Tepung Naik Sendiri
  • ¼ cawan (60 ml) Mentega Cair
  • Kukus 30-35 minit

Hiasan Atas:

  • 300 gm Krim Keju
  • 3 sudu besar Susu Pekat Manis
  • ½ cawan (125 ml) Krim Putar Tenusu
  • 2 sudu besar Sapuan Biskut Penotti Asli
  • 1-2 sudu besar Susu Penuh Krim (jika perlu)

Cara-cara membuat kek span Hazelnut:

  1. Pukul telur, gula, ovelatte dan esen vanila sehingga betul-betul kembang, gebu dan ringan. Gunakan kelajuan yang tinggi.
  2. Masukkan hazelnut spread dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung naik sendiri sikit demi sikit dan pukul pada kelajuan yang perlahan.
  4. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan kaup balik adunan sehingga sebati.
  5. Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kukus lebih kurang 30-35 minit atau sehingga masak.
  7. Pukulkan krim keju, susu pekat manis, krim putar tenusu dan sapuan biscoff sehingga sebati.
  8. Masukkan sedikit susu penuh krim jika perlu (kalau nak topping lebih cair.
  9. Paipkan topping ke atas kek yang telah sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:

  • Pukul telur, gula dan ovelate sampai betul-betul gebu, kembang dan ringan.
  • Pastikan guna telur yang baru dan elok.
  • Masa masukkan tepung, pukul sekejap je dengan perlahan setakat sebati. Tak perlu pukul lama.
  • Masa masukkan Butter, kaup balik saja. Tak perlu guna mixer.
  • Boleh lebihkan susu penuh krim kalau nak topping cheese lebih cair.

Untuk dapatkan produk-produk yang saya gunakan dalam resepi ni, boleh kunjungi atau hubungi bakeri Bake With Yen di:
https://www.bakewithyen.my/store-locator-peninsular/


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo