Jika anda sedang mencari cara untuk mengurangkan pengambilan garam tanpa mengorbankan rasa, cuba diet rendah garam dari Ajinomoto Malaysia. Terdapat banyak resipi simple dan sedap yang boleh anda nikmati.
Dengan mengikuti diet rendah garam, anda boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, dan masalah kesihatan yang lain. Jom kita lihat 5 resipi diet kurang garam yang sedap untuk anda cuba.
1. Ayam Masak Masam Manis
Lepas ini, kalau nak makan ayam, cubalah Ayam Masak Masam Manis. Jika nak dibandingkan dengan masakan ayam yang lain, hidangan yang sedap dan sihat ini dimasak dengan menggunakan AJI-NO-MOTO® di mana garam dapat dikurangkan sebanyak 16%.
Ayam masak masam manis dimasak dengan rempah ratus yang kaya dan bahan-bahan yang sihat untuk memenuhi citarasa anda. Biasanya, satu pinggan ayam masak masam manis akan dihidangkan bersama nasi, anda akan dapat sumber karbohidrat, sumber protein, dan lemak. Anda hanya memerlukan masa selama 1 jam 30 minit untuk menyediakannya.
2. Ayam Masak Halia
Makanan kurang garam yang seterusnya adalah Ayam Masak Halia. Ayam masak halia ini mengandungi 19% kurang garam tanpa mengurangkan rasa lazat.
Resipi ayam masak halia adalah hidangan ayam yang dimasak dengan banyak halia segar dan penuh dengan rasa Umami daripada AJI-NO-MOTO®. Resipi ini adalah hidangan yang sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi. Jumlah masa yang diperlukan untuk memasak hidangan ini adalah 1 jam 15 minit.
3. Telur Reneh bersama Tauhu dan Kubis Panjang
Telur Reneh bersama Tauhu dan Kubis Panjang ini terkenal sebagai menu yang mudah disediakan dan seimbang. Malahan, kandungan garam di dalam hidangan ini dapat dikurangkan sebanyak 12%.
Resepi telur reneh bersama tauhu dan kubis panjang ini adalah hidangan telur yang dimasak dengan tauhu lembut dan kubis panjang. Jumlah masa yang diperlukan untuk membuat hidangan ini adalah 45 minit.
4. Telur Mata Masam Manis
Anda suka makan telur bistik di kedai mamak? Haa lepas ini, anda kena cuba Telur Mata Masam Manis yang juga merupakan hidangan yang kurang garam. Dengan menggunakan AJI-NO-MOTO® di dalam hidangan telur ini, garam dapat dikurangkan sebanyak 12%.
Resepi telur mata masam manis ini adalah hidangan yang simple dan senang. Jumlah masa yang diperlukan untuk membuat hidangan ini adalah 30 minit.
5. Kangkung Belacan
Kangkung Belacan adalah menu yang ringkas dan popular yang anda boleh dapatkan di kebanyakan kedai makanan di Malaysia. Sebanyak 10% garam dapat dikurangkan apabila hidangan ini dimasak menggunakan AJI-NO-MOTO®.
Resepi kangkung belacan adalah hidangan yang selalu dihidangkan bersama nasi. Dengan ini anda dapat sumber karbohidrat dari nasi dan sumber protein dan serat daripada hidangan ini.
Kesimpulannya, resipi diet rendah garam tidak semestinya sukar. Terdapat banyak resipi mudah dan lazat yang rendah garam yang boleh dinikmati oleh semua orang. Dengan membuat perubahan kecil pada cara anda masak dan makan, anda boleh mengurangkan jumlah garam dalam badan anda dengan mudah dan meningkatkan kesihatan anda.
Untuk resipi yang sedap dan sihat, sila layari: resipi Ajinomoto Malaysia.