Nasi Impit Goreng Tomyam Satu Kelainan

Assalamualaikum dan hi semua. Pada kali ini saya nak kongsikan resepi nasi impit goreng perisa tomyam. Semasa musim perayaan, mesti banyak hidangan nasi impit atau ketupat di rumah masing-masingkan. Kebiasaannya nasi impit atau ketupat dimakan bersama kuah kacang atau rendang. Kali ni saya nak kongsikan pula cara untuk membuat nasi impit goreng tomyam untuk mengubah selera bila masih ada banyak lagi nasi impit yang tak habis kat rumah tu. Bila kita pelbagaikan menu macam ni, baru la berselera sikit nak makankan. Lepas tu boleh la juga untuk elakkan dari membazir jika nasi impit tu tak habiskan dimakan jika kuah kacang atau rendang dah habis. Hehehe..

Untuk membuat nasi impit tomyam ni saya menggunakan kiub berperisa tomyam. Saya memilih kiub pati tomyam keluaran Knorr dalam resepi ni. Saya lebih suka kiub pati tomyam jenama Knorr kerana rasa dan aroma tomyamnya lebih kuat dan juga sangat sedap. Saya pasti mesti ramai yang telah mengenali jenama Knorrkan?? Kerana jenama Knorr sudah lama berada di pasaran dan ianya juga mudah untuk didapati di mana sahaja samada di pasaraya besar, kecil mahupun di kedai-kedai runcit. Dengan menggunakan produk Knorr akan menambahkan lagi kesedapan dalam masakan di samping mengekalkan khasiat demi memastikan keceriaan dan kebahagiaan keluarga. Di sini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat Knorr kerana sudi bekerjasama dengan kami.

Untuk bahan utama dalam resepi ni mestilah korang kena ada nasi impit atau pun ketupat. Boleh guna salah satu yea, kalau nak campur kedua-duanya pun boleh, tak ada masalah. Hehehe. Untuk lauknya pula saya gunakan ayam, udang dan sotong. Boleh lebihkan bahah-bahan ni ikut selera masing-masing. Sayuran pula boleh letak apa-apa sahaja mengikut sayuran kegemaran masing-masing. Saya juga letakkan cili padi untuk menambahkan rasa pedas dalam resepi ni. Boleh tambah atau kurangkan ikut tahap kepedasan yang korang suka. Untuk aroma yang lebih sedap saya tambahkan serai dan juga daun limau purut. Sudah tentu baunya akan  memikat selera sesiapa yang ingin merasai resepi ni. Korang boleh tambahkan sedikit perahan air limau nipis atau limau kasturi jika inginkan sedikit rasa masam. Saya jamin rasa nasi impit tomyam ni sangat sedap. Boleh cuba buat resepi ni untuk keluarga tersayang dan rasai sendiri kelainannya. Boleh juga dihidangkan untuk tetamu yang bertandang ke rumah kita. Hehehe. Selamat mencuba dan jumpa lagi di entri akan datang!

Sebelum korang nak cuba buat resepi nasi impit goreng tomyam ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan jangan ketinggalan untuk lihat video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan:

  • Minyak Masak
  • 3-4 biji Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu besar Cili Kering Kisar
  • 1 tangkai Serai
  • 4-5 biji Cili Padi
  • 1 Kiub Pati Tomyam Knorr
  • Sedikit Air
  • 50 gm Ayam (didadu)
  • Bunga Kobis
  • Brokoli
  • Lobak Merah
  • Daun Limau Purut
  • 3 ekor Sotong
  • 4 ekor Udang
  • 450 gm (6 ketul kecil) Nasi Impit
  • Tomato

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan serai Dan cili padi Dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan kiub pati tomyam knorr Dan Sedikit air. Tumis lagi sehingga air kering Dan kiub hancur Dan sebati.
  4. Masukkan ayam yang di dadu. Masak sehingga ayam separuh masak Dan tambahkan sayur keep bis, brokoli, lobak merah serta daun limau purut. Tambahkan Sedikit air Dan masak sehingga sayur separuh lembut.
  5. Kemudian, masukkan sotong dan udang, kacau sehingga masak.
  6. Selepas itu boleh masukkan nasi impit dan tomato. Kacau sehingga sebati kesemuanya dan sehingga Sedikit kering. Boleh rasa dahulu, jika tak cukup rasanya boleh tambahkan garam, gula dan bahan perasa lain jika perlu. Seimbangkan semua rasa dan siap! Boleh dihidangkan.

Nota:

  • Nasi impit atau ketupat yang digunakan mestilah yang telah sejuk.