Honey Butter Biscuits Ala-Ala Texas Chicken

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Korang dah ada idea ke nak buat kuih atau juadah apa untuk minum petang ni? Kalau belum ada idea meh saya nak kongsikan dengan korang satu resepi yang mudah tapi sangat sedap iaitu honey butter biscuits ala-ala Texas Chicken. Hehe.. Kalau saya dan family singgah ke rangkaian restoran makanan segera Texas Chicken, selain ayamnya tak sah la kalau tak order honey butter biscuits ni, sebab anak-anak saya memang suka sangat makan honey butter biscuits kat situ. Ada orang yang memanggilnya biskut ada juga yang memanggilnya muffin, tapi yang pasti ianya boleh dikatakan signature dish di restoran Texas Chicken. Terbayang rasanya yang lembut serta ada rasa manis dan bau yang sedap dan harum dari madu dan mentega yang dibakar bersama biskut memang sangat enak lebih-lebih lagi bila dimakan sewaktu masih panas. Kalau nak beli, harganya lebih kurang RM2 seketul. Tapi sebenarnya kalau nak buat sendiri pun boleh, lebih jimat dan boleh makan berulang kali. Selain cara membuatnya yang agak senang, bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk dicari. Bukan sahaja ibu-ibu yang boleh membuatnya namun boleh juga ajak anak-anak untuk buat sekali. Mesti lebih seronokkan kalau anak-anak join sekali. Hehe..

Dalam resepi ni saya menggunakan buttermilk. Boleh gunakan susu penuh krim ataupun susu rendah lemak ikut selera masing-masing. Jika tiada cuka boleh gantikan dengan lemon untuk menghasilkan buttermilk. Mentega yang digunakan mestilah mentega sejuk yang baru keluar dari peti ais dan dipotong kiub supaya mendapat tekstur yang elok dan sedap untuk biskut ni nanti. Campuran mentega dan madu yang disapu di atas biskut ni boleh disapu sebanyak 2 atau 3 lapisan supaya biskut akan menjadi lebih sedap selepas dibakar. Adunan ni boleh menghasilkan ____ biji biskut bersaiz sederhana. So, pada sesiapa yang teringin nak makan honey butter biscuits ala-ala Texas Chicken tu tak payah susah-susah lagi sebab dah boleh buat sendiri guna resepi nikan. Hehe. Korang jangan lupa untuk cuba resepi ni tau. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara membuat honey butter biscuits kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaannya dan jangan lupa untuk subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan juga untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah dari kami serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Honey Butter Biscuits:

  • 140 ml Susu Segar (½ Cawan + 1 Sb)
  • 1 Sudu Kecil Cuka
  • 250 gram Tepung Gandum (2 Cawan)
  • 4 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 25 gram Gula (2 Sudu Besar)
  • 115 gram Mentega Sejuk
  • 50 gram Mentega
  • 50 ml Madu

Cara-Cara Untuk Membuat Honey Butter Biscuits:

  1. Mula-mula sediakan buttermilk. Campurkan susu segar dengan cuka dan kacau rata. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Ketepikan dahulu.
  2. Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan gula ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  3. Masukkan mentega sejuk. Hancurkan mentega dan gaul dengan tepung menggunakan hujung jari sahaja supaya adunan tidak mendaji doh yang lembik. Gaul sehingga adunan menjadi halus seperti serbuk roti.
  4. Kemudian, masukkan bancuhan buttermilk tadi, gaul lagi adunan menggunakan senduk sehingga sebati dan menjadi doh. Jangan risau, adunan ni memang agak lembik sedikit.
  5. Sediakan loyang atau dulang pembakar yang telah di lapik dengan kertas pembakar supaya biskut mudah ditanggalkan selepas dibakar nanti.
  6. Scoop doh menggunakan scoop ais krim atau sudu untuk membentuk biskut. Buat sehingga habis.
  7. Cairkan mentega menggunakan api yang kecil supaya tidak mudah hangus. Sapukan mentega cair di atas setiap doh tadi.
  8. Bakar pada suhu 200°C selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Boleh tambah masa jika biskut masih belum masak dan kekuningan bergantung kepada oven masing-masing.
  9. Sementara itu, campurkan madu ke dalam lebihan mentega cair tadi dan kacau rata.
  10. Sapukan campuran madu dan mentega cair di atas biskut yang telah siap di bakar tadi. Boleh sapu sebanyak 2 atau 3 lapisan.
  11. Selepas itu, bakar lagi selama 5 minit pada suhu 200°C.
  12. Akhir sekali, boleh sapu lagi campuran madu dan mentega cair tadi di atas biskut supaya lebih enak rasanya sebelum dinikmati. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo