Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak tunjukkan cara mudah untuk membuat scones. Scones ni merupakan antara menu klasik yang cukup popular untuk hidangan minum petang bagi orang-orang di Scotland dan Eropah. Kebiasaannya scones dihidangkan bersama teh untuk majlis jamuan ‘high tea’ mereka. Namun di Malaysia, jika korang pernah pergi ke kafe di tanah tinggi Cameron Highlands banyak dijual scones di situ. Kalau ke Cameron Highlands tak sah kalau tak makan dan menikmati scones ni ketika melawat ladang teh atau ladang strawberi di sana. Rasanya memang cukup sedap dan tak jemu dimakan. Tekstur scones ni seakan-akan gabungan kek dan biskut. Scones ni lembut di dalam dan rangup di bahagian atasnya. Biasanya scones di buat dalam bentuk bulat, namun kini terdapat pelbagai bentuk boleh dihasilkan tanpa mengubah rasa dan tekstur scones. Bila bercerita tentang scones ni tiba-tiba teringat pula pada Mona a.k.a Minah Selamat dalam cerita Kampung People tu. Ini la ‘secones’ yang mona sebut dalam cerita tu. Memang kelakar habis! Hahaha.. Korang pun mesti tak kering gusi bila tengok cerita tukan termasuk la saya sekeluarga yang tak pernah miss lagi tengok cerita Kampung People tu. Heheh..
Scones ni boleh dibuat dengan pelbagai rasa. Resepi yang saya kongsikan ni adalah resepi asas untuk membuat scones. Boleh masukkan pelbagai bahan dan perasa yang lain seperti buah-buahan kering, kekacang, kurma, prune, perisa oren atau lemon dan sebagainya mengikut citarasa dan selera masing-masing. Mentega yang digunakan mestilah sejuk yang baru keluar dari peti ais dan dipotong kecil-kecil sebelum digaulkan dengan tepung untuk menghasilkan scones yang elok selepas di bakar. Dalam resepi ni saya gunakan krim putar tenusu, jika tiada korang boleh gantikan dengan buttermilk. Buttermilk adalah campuran susu cair atau susu segar dengan sedikit cuka dan diperap sekejap sebelum digunakan. Scones biasanya sedap dimakan bersama sapuan mentega dan pelbagai jenis jem seperti jem strawberri, blueberri atau boleh juga dihidangkan dengan madu. Scones ni sedap makan bila masih panas. Kalau korang nak rasa scones yang sedap macam kat kafe-kafe hipster tu cuba la buat resepi ni Mesti korang akan puashati! Hehe.. Selamat mencuba.
Saya ada sediakan video cara untuk membuat scones kismis kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk lihat cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Scones:
- 3 Cawan Tepung Gandum
- 2 Sudu Kecil Serbuk Penaik
- 1/4 Cawan Gula
- 1/4 Sudu Kecil Garam
- 113 Gram Mentega Sejuk
- 1 Sudu Kecil Esen Vanila
- 1 Biji Telur
- 3/4 Cawan Krim Putar Tenusu
- 1 Cawan Kismis
Bahan Untuk Hiasan:
- Putih Telur
- Gula
Cara-Cara Untuk Membuat Scones:
- Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan mentega sejuk yang dipotong kecil-kecil. Gaul menggunakan hujung jari hingga tepung menjadi seperti serbuk yang kasar atau macam serbuk roti.
- Kemudian, masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan esen vanila ke dalam tepung tadi dan gaul sehingga rata menggunakan spatula.
- Masukkan pula krim putar tenusu dan gaul lagi kesemuanya hingga sebati.
- Selepas itu, masukkan kismis atau apa-apa buah-buahan kering pilihan masing-masing. Kacau hingga semuanya sebati.
- Keluarkan doh tadi dan canaikan lebih kurang 1 inci di atas papan pemotong. Tabur tepung supaya doh tidak melekat di atas papan pemotong.
- Tekap doh dengan acuan yang sesuai sehingga habis dan susun di atas tray atau loyang yang dilapik dengan kertas pembakar.
- Sementara itu panaskan oven dahulu.
- Akhir sekali, sapukan putih telur di atas permukaan scones tadi dan taburkan gula diatasnya. Buat sehingga habis.
- Bakar scones pada suhu 190°C selama 15 hingga 18 minit atau sehingga kekuningan bergantung kepada oven masing-masing. Okay siap! Sedia untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo