Assalamualaikum dan hi semua. Resepi yang saya kongsikan kali ni adalah salah satu resepi kuih tradisional iaitu resepi apam solo. Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama kuih ni. Kuih ni sebenarnya lebih kurang macam apam biasa cuma di dalamnya ada inti. Boleh letak pelbagai jenis inti di dalamnya. Kebiasaannya inti kelapa manis dan inti kacang merah. Boleh juga letak inti kaya, coklat atau apa saja yang korang rasa sesuai. Corak di atasnya pula boleh dilukis atau dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing.
Apam ni sesuai untuk dijadikan jualan kerana kosnya tak banyak dan cara untuk membuatnya juga sangat mudah. Saya gunakan acuan kuih lompang bersaiz L dan boleh dapat kuih apam sebanyak 26 biji. Selamat mencuba.
Saya ada sediakan video penuh apam solo di atas ni supaya korang boleh lihat dan mudah faham cara penyediaannya. Korang boleh layan dulu video ni dan jangan lupa untuk subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan untuk apam solo:
- 1 ½ cawan (190 gm) Tepung Gandum
- ½ cawan (60 gm) Tepung Beras
- Secubit Garam
- ½ cawan (100 gm) Gula
- 1 sudu besar Yis
- 1 ¼ cawan (315 ml) Air
- ¼ cawan (60 ml) Minyak Masak
- Inti Kelapa Manis / Inti Kacang
Cara-cara untuk membuat apam solo:
- Mula-mula, masukkan kesemua bahan iaitu tepung gandum, tepung beras, sedikit garam, gula, yis, air dan minyak masak. Kacau semua bahan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
- Kemudian, perap adunan lebih kurang setengah jam atau sehingga kembang.
- Setelah adunan kembang, kacau semula adunan sampai mendap semula.
- Sediakan inti kelapa manis atau kacang merah dan bulat-bulatkan kecil supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam acuan.
- Seterusnya, sediakan acuan yang sesuai dan sapukan dengan sedikit minyak pada keseluruhan acuan.
- Masukkan adunan separuh acuan, letakkan inti dan tambahkan adunan sehingga hampir penuh. Jangan letak adunan terlalu penuh untuk mengelakkan ianya melimpah semasa mengukus apam. Buat sehingga habis kesemua adunan apam.
- Setelah itu, boleh lukis atau corakkan di atas adunan apam dengan menggunakan sedikit adunan yang telah diwarnakan mengikut kreativiti masing-masing.
- Sementara itu, panaskan pengukus dan kukus apam lebih kurang 15 minit atau sehingga masak menggunakan api sederhana. Jangan gunakan api yang terlalu kuat untuk mengelakkan apam merekah.
- Setelah masak, boleh angkat apam. Sejukkan sebentar dan boleh keluarkan dari acuan dan hidangkan..
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo