Mini Chicken Patty Menu Bekal Untuk Anak

Hi semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang mudah untuk korang cuba iaitu mini chicken patty. Saya buat saiz mini dan bentuk bulat supaya senang untuk anak-anak makan. Chicken patty ni nak jadikan sebagai daging burger boleh, nak jadi macam nugget boleh, nak jadi macam begedil pun boleh. Ianya ni sesuai dijadikan sebagai kudapan serta bekal anak-anak ke sekolah. Kalau kita boleh buat sendiri sudah tentu lebih terjamin kebersihannya dan kita boleh letak apa-apa bahan yang kita suka dan yang paling penting tiada MSG dan rasanya juga setanding dengan patty yang dijual di kedai dan pasaraya tu tau! Korang boleh buat banyak-banyak dan simpan di dalam bekas kedap udara dan frozenkan. Bila nak makan hanya perlu goreng sahaja. Mudah bukan?

Resepi chicken patty ni mudah je nak buatnya. Boleh letak atau tambah apa-apa bahan yang korang suka. Bagi sesiapa yang tak suka makan ayam tu, boleh gantikan dengan daging kisar. Boleh juga tambahkan sayuran di dalamnya seperi lobak merah, bunga kobis atau brokoli. Tapi make sure sayuran ni semua dicincang halus supaya senang nak bentukkannya nanti. Kalau nak pedas pula boleh letak chili flakes atau hirisan cili padi dalam adunan ni. Tepung jagung boleh gantikan dengan tepung ubi fungsinya untuk melekatkan ayam supaya senang dibentuk dan tidak terlalu lembik serta tidak mudah pecah apabila digoreng. Korang boleh jugak disalutkan chicken patty ni dengan breadcrumb diluarnya jika suka. Chicken patty ni boleh dihidangkan dengan cili sos, tomato sos, mayonis atau sebagainya mengikut selera masing-masing. So, pada sesiapa yang takde idea untuk buat kudapan atau bekal anak-anak, boleh la cuba buat mini chicken patty yang sedap ni. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara untuk membuat mini chicken patty kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Mini Chicken Patty:

  • 400gm Ayam Cincang
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 3 Sudu Besar Tepung Jagung
  • 1 Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
  • 2 Tangkai Daun Ketumbar
  • 1 Telur Putih
  • Garam

Cara-Cara Untuk Membuat Mini Chicken Patty:

  1. Masukkan ayam cincang, bawang putih, tepung jagung, serbuk lada hitam, daun ketumbar, telur putih dan garam secukupnya ke dalam mangkuk. Gaul semua bahan hingga sebati.
  2. Kemudian, ambil sedikit adunan betukkan menjadi bulat dan leperkan sedikit (boleh rujuk video). Buat sehingga semua adunan habis.
  3. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Siap. Sedia untuk dimakan!

Nota:

  • Semasa membentuk adunan boleh letakkan sedikit air atau minyak masak di atas telapak tangan untuk mengelakkan adunan melekat di tangan dan mudah dibentuk.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo