Kuih Dangai Kukus 5 Bahan

Assalamualaikum. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan salah satu lagi cara untuk membuat kuih traditional iaitu kuih dangai. Korang suka makan kuih dangai kat pasar malam? Boleh buat sendiri dekat rumah dengan hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Senang sangat nak buat. 1 adunan ni boleh dapat 10 biji kuih. Ok la tu nak buat makan kat rumah untuk 1 familykan. Tak payah nak beli lagi kat pasar malam. Hehe.. Tapi yang saya buat ni versi kukus. Namun rasanya tetap sedap dan berlemak. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara membuat kuih dangai kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk kuih dangai:

  • 1 Cawan Kelapa Parut
  • ½ Cawan Tepung Pulut
  • 1 Sudu Besar Gula
  • ½ Sudu kecil Garam
  • Gula Kabong / Gula Melaka
  • Kukus 15 Minit Api Sederhana

Cara-cara membuat kuih dangai:

  1. Masukkan kelapa parut, tepung pulut, gula dan garam ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan dahulu.
  2. Sediakan acuan kecil secukupnya dan sapukan dengan sedikit minyak.
  3. Kemudian, masukkan adunan kelapa tadi ke dalam acuan dan buat lubang ditengahnya. Masukkan sedikit gula kabung atau gula melaka ke dalam lubang. Buat sehingga kesemua adunan kelapa habis.
  4. Panaskan air kukusan dahulu sehingga mendidih. Selepas itu, boleh kukus kuih selama 15 minit menggunakan api sederhana.
  5. Setelah masak boleh keluarkan dari acuan. Siap! Sedia untuk di makan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo