Kek Milo Kukus Gebu Dan Moist

Assalamualaikum hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi kek milo kukus yang sangat gebu dan moist. Resepi ni saya dah pernah buat sebelum ni tapi kali ni saya adjust sikit bahannya supaya kurang manis dan buat video dengan penerangan yang lebih jelas. Kek ni juga boleh dibakar dengan menggunakan teknik waterbath untuk menghasilkan kek yang lembut, moist dan gebu. Siapa je yang tak suka milokan? Usahkan anak-anak, kita yang dah dewasa dan berumur ni pon suka milo. Hehehe.. Jadi saya jamin anak-anak tentu suka makan kek milo ni! Bahan dan cara untuk membuatnya pun tak susah sangat, jadi korang boleh la cuba buat resepi kek milo ni bersama anak-anak, pasti diaorang akan teruja. Selamat mencuba!

Nak cuba muffin milo mudah boleh klik sini. Boleh buat muffin milo tanpa menggunakan mixer.

Saya ada sediakan video cara membuat kek milo kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan kek milo:

  • 1 cawan (250 ml) Air Panas
  • 1 cawan (125 gm) Milo
  • ¾ cawan (150 gm) Gula Halus
  • ¾ cawan (210 gm) Susu Pekat Manis
  • 1 cawan (250 ml) Minyak Jagung
  • 3 biji Telur (Saiz A)
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 2 cawan (250 gm) Tepung Gandum
  • 2 sudu besar Serbuk Koko
  • 1 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1 sudu kecil Soda Bikarbonat

Topping:

  • ½ cawan Milo
  • 1 sudu besar Serbuk Koko
  • 1 sudu besar Air Panas
  • ¼ cawan Susu Pekat Manis
  • 1 sudu besar Mentega (tanpa garam)

Cara-cara untuk membuat kek milo:

  1. Mula-mula masukkan air panas dan milo ke dalam periuk. Kacau milo sehingga larut. Kemudian, masukkan pula gula, susu pekat manis dan minyak jagung. Kacau kesemua bahan dan masak sehingga mendidih. Angkat dan ketepikan dahulu.
  2. Langkah seterusnya, sediakan mangkuk dan masukkan telur dan esen vanilla. Pukul telur sehingga kembang dan gebu menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi. Bila telur dah gebu masukkan adunan milo yang dimasak tadi dan terus pukul lagi dengan kelajuan perlahan sampai semuanya sebati.
  3. Seterusnya, masukkan pula bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan tadi. Pastikan bahan kering diayak terlebih dahulu. Kaup balik adunan dengan menggunakan spatula sahaja sehingga sebati. Tidak perlu kacau terlalu lama, cukup sekadar sebati sahaja supaya kek tidak mampat.
  4. Sediakan loyang yang sesuai yang telah dioleskan dengan minyak atau mentega. Tuang kesemua adunan ke dalam loyang.
  5. Sementara itu, boleh panaskan kukusan dan pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mengukus kek.
  6. Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana. Boleh cucuk adunan dengan lidi untuk pastikan adunan telah masak. Jika lidi licin dan adunan kek tidak melekat pada lidi bermakna kek telah masak. Angkat dan sejukkan kek.
  7. Untuk toppingnya pula, masukkan  milo, serbuk koko, sedikit air panas, susu pekat manis dan mentega ke dalam periuk. Masak kesemuanya dengan menggunakan kaedah double boiler sehingga pekat. Boleh tambahkan sedikit air panas jika inginkan topping yang lebih cair.
  8. Tuang topping ke atas kek milo tadi dan sedia untuk dihidangkan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo