Muffin Milo Paling Mudah Tanpa Menggunakan Mixer

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi muffin milo yang sangat mudah untuk dibuat. Sebenarnya dah lama nak buat muffin milo ni, tapi sejak kebelakangan selalu je sibuk dengan kerja lain. Sampaikan anak-anak saya asyik tanya je bila nak buat muffin. Hehehe. Muffin milo ni memang kegemaran diaorang la. Lebih-lebih lagi kalau ada letak cip coklat. Buatlah kek rupa apa pun, janji ada bau coklat, mesti laris punyalah kat rumah ni. Hahaha.. Nak buat muffin milo ni mudah sangat, secara asasnya ianya hanya perlu campurkan bahan basah dan bahan kering. Yang paling penting resepi ni tidak perlu menggunakan mixer dan hanya perlu dikacau menggunakan whisk sahaja. Pada sesiapa yang tak pandai baking pun boleh cuba buat muffin ni. Asalkan sahaja kita ada minat dan kesungguhan untuk belajar, buat apa pun mesti jadi dan berhasilkan? Hehe..

Muffin milo ni sangat gebu dan moist sebab ada campuran susu dan juga mentega di dalamnya. Mentega boleh digantikan dengan minyak jagung atau minyak masak. Dalam resepi ni, saya gunakan mentega bergaram. Kalau guna mentega tanpa garam, boleh letakkan secubit garam dalam adunan ni. Selain milo, boleh juga gunakan serbuk minuman koko yang lain seperti vico, ovaltine dan sebagainya mengikut selera dan citarasa masing-masing. Walaupun muffin ni gunakan milo tapi saya letak juga sedikit serbuk koko untuk membangkitkan rasanya serta untuk mendapatkan warna yang sedikit gelap. Saya gunakan gula sedikit saja untuk resepi ni sebab milo dah ada rasa manis. Jadi muffin ni tak akan terlalu manis rasanya. Boleh tambah bahan-bahan lain di dalam muffin ni seperti kekacang, berries, kismis dan sebagainya jika suka.

Untuk hiasan juga boleh dipelbagaikan dengan menambah coklat urai, nutella, kepingan badam, walnut dan sebagainya. Kalau korang rajin boleh juga hiaskan dengan butter cream, krim keju atau fresh cream yang dipukul untuk nampak lebih menarik dan sudah tentulah rasanya juga akan jadi lebih sedap. Rasa muffin milo ni sangat sedap sampai anak-anak saya asyik ulang makan sampai habis! Hahaha.. Saya pasti korang juga pasti nak cuba buat resepi nikan? Rugi kalau korang tak cuba resepi muffin milo yang sangat mudah ni tau! So, apa tunggu lagi, jom kita lihat resepi yang lengkap kat bawah ni. Selamat mencuba! Jumpa lagi di entri akan datang.

Sebelum korang nak cuba buat resepi muffin milo ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat bawah ni untuk senang faham cara penyediaan dan cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk lihat video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Muffin Milo:

  • 1 ¾ Cawan Tepung Gandum
  • 1 Cawan Milo
  • 3 Sudu Besar Serbuk Koko
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  • 2 Biji Telur
  • ¼ Cawan Gula
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • ½ Cawan Mentega Cair
  • 1 Cawan Susu Segar
  • ¾ Cawan Cip Coklat
  • Cip Coklat (untuk hiasan)

Cara-Cara Untuk Membuat Muffin Milo:

  1. Mula-mula ayak tepung gandum, milo, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ketepikan dahulu.
  2. Pukul telur, gula dan esen vanilla. Pukul sekejap sahaja menggunakan whisk. Tak perlu pukul sampai kembang.
  3. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan disejukkan serta diikuti dengan susu segar. Kacau rata.
  4. Kemudian, masukkan bahan kering yang di ayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati sahaja. Tak perlu kacau terlalu lama.
  5. Bila dah sebati masukkan cip coklat dan kacau rata.
  6. Sementara itu panaskan oven lebih kurang 10 minit.
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan@bekas muffin sebanyak tiga per empat cup. Buat sehingga habis kesemua adunan tadi.
  8. Akhir sekali, hiaskan dengan cip coklat di atas adunan muffin.
  9. Bakar pada suhu 175°C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. Siap!

Tips:

  • Jangan pukul atau kacau adunan muffin terlalu lama untuk mengelakkan muffin menjadi mendap dan mampat selepas dibakar.
  • Jangan bakar muffin terlalu lama supaya muffin kekal moist dan tidak kering.
  • Selepas muffin di bakar, renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan muffin di dalam oven selama 5 minit, kemudian baru keluarkan muffin dari oven supaya bila sejuk nanti tak akan turun atau mendap.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo