Bubur Pisang|Pengat Pisang Sedap Sugguh!

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Apa khabar? Hari ni saya nak sediakan resepi bubur pisang @ pengat pisang bersama sagu. Pisang ni mak saya kirimkan dari kampung tempohari. Mak saya memang tanam sendiri pisang ni di kampung. Pisang ni selain di goreng sedap juga kalau di buat pengat atau bubur. Ada pelbagai resepi dan cara untuk membuat bubur pisang ni. Tak kurang juga panggilannya mengikut negeri atau sesuatu tempat. Di kampung saya panggil bubur pisang. Ada juga yang panggil pengat pisang. Walau apa pun cara memasak dan panggilannya ianya tetap sedap dan menjadi kegemaran keluarga saya tak kira la dari yang kecil hingga dewasa. Semuanya suka makan bubur pisang ni. Lebih-lebih lagi kalau berkumpul ramai-ramai dan sajikan ketika minum petang. Confirm laku dan habis seperiuk.  Hahaha!

Untuk resepi bubur pisang kali ni saya gunakan pisang abu. Sebenarnya, tak kisah nak guna pisang apa pun seperti pisang berangan, pisang nangka dan sebagainya asalkan pisang tu masak dan tak muda. Haha..  Caranya memasaknya sama je. Cuma masa untuk memasak tu berbeza-beza sebab ada jenis pisang yang cepat lembik macam pisang berangan. Jadi tempoh masa memasak bubur pisang tu sekejap je. Kalau pisang yang agak keras, boleh masak lama sikit. Dalam resepi ni saya gunakan santan segar untuk dapatkan rasa bubur yang lebih sedap. Jika tiada, boleh juga gunakan santan kotak namun rasanya agak berbeza sedikit. Saya suka jika bubur pisang ni banyak kuah, sebab kuahnya sedap jika dihirup atau boleh dicicah dengan roti. Hehe..

Saya juga campurkan bubur pisang ni dengan sagu bertujuan untuk memekatkan kuahnya. Sagu perlu direndam dahulu lebih kurang 10 minit supaya ia cepat masak apabila dimasukkan ke dalam bubur. Tapi kalau korang tak suka sagu tak letak pun takpe kerana ia tidak akan menjejaskan rasa bubur pisang ni. Untuk gula pula saya lebih suka gunakan gula kabung kerana rasanya lebih sedap. Tapi korang boleh juga gantikan dengan gula melaka terpulang pada selera dan citarasa sendiri. Saya juga tambahkan sedikit gula biasa kerana biasanya gula kabung atau gula melaka kurang manis. Gula ni juga terpulang pada selera sendiri boleh tambah atau kurangkan mengikut kemanisan yang korang suka. Pada sesiapa peminat pengat pisang @ bubur pisang ni boleh la cuba resepi yang sangat mudah untuk di cuba ni. Selamat mencuba! Jumpa lagi di entri akan datang.

Sambil korang tengok dan baca resepi bubur pisang ni, apa kata korang subscribe dulu YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dari kami dan jangan ketinggalan untuk tengok latest video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Bubur Pisang:

  • 4 Cawan Santan
  • 150 Gram Gula Kabung @ Melaka
  • 4 Sudu Besar Gula
  • Daun Pandan
  • 10-12 Biji Pisang Abu
  • 3 Sudu Besar Sagu (direndam)
  • 1/2 Sudu Kecil Garam

Cara-Cara Untuk Membuat Bubur Pisang:

  1. Dalam periuk masukkan santan, gula kabung dan gula. Kacau rata.
  2. Kemudian, masukkan daun pandan dan kacau sehingga  santan mendidih.
  3. Masukkan pisang dan sagu. Kacau bubur sehingga mendidih. Bubur perlu dikacau sentiasa supaya santannya tidak pecah minyak.
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan biarkan sehingga pisang lembut dan masak sepenuhnya. Siap! Sedia untuk dimakan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo