Kek Oren Walnut Gebu Dan Moist Sukatan Cawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hi semua. Dalam entri kali ni saya nak kongsikan resepi kek oren walnut yang moist dan lembut. Teringin pulak nak makan kek yang tak memuakkan tanpa krim. Bagi saya kek oren ni adalah antara kek yang sedap dan tak jemu di makan dan tak di telan zaman. Boleh dikatakan kek legend jugak la kek oren ni. Kalau zaman mak-mak kita dahulu dapat makan kek mentega pun dah cukup membahagiakan. Betul tak? Hehe.. Maklum la dulu memang sukar nak dapatkan bahan-bahan untuk membuat kek. Tak macam sekarang ni terdapat banyak bakeri yang menjual bahan-bahan untuk membuat kek, disamping itu juga dengan adanya teknologi yang canggih semuanya boleh dibeli dihujung jari je secara online. Pendek kata memang tak ada alasan la kalau nak buat kek tu, cuma rajin dengan malas je. Selain kek oren ni saya juga pernah kongsikan resepi kek lain.

Kek oren ni sangat moist sebab saya gunakan jus daripada buah oren. Saya masukkan sunquick dan juga parutan kulit oren untuk memberi rasa oren yang lebih kuat dan sedap pada kek ni. Parut kulit oren pada bahagian luar sahaja, jangan sampai terkena bahagian yang putih kerana ianya akan ada rasa pahit nanti. Walnut pula boleh digantikan dengan pelbagai jenis kekacang yang lain seperti badam, hazelnut, macadamia atau sebagainya. Korang juga boleh letakkan coklat urai, cip coklat, coklat compound atau sebagainya ke dalam adunan kek ni ikut selera dan citarasa masing-masing. Kalau nak buat kosong pun boleh juga. Saya letakkan hirisan buah oren di atas kek ni sebagai hiasan supaya nampak lebih cantik dan menarik. Kalau nak biarkan kosong pon boleh juga. Hehe. Pastikan korang hiris nipis buah oren tu supaya ianya tidak tenggelam semasa dibakar. Bau kek oren ni sangat wangi selepas dibakar, bau orennya yang kuat tu membuatkan rasa tak sabar nak makan! Hehe. Kek oren walnut ni sedap dimakan untuk minum petang. Dihidangkan pula dengan kopi o panas, memang lengkap dan terangkat habis rasanya. Korang mesti cuba buat kek oren yang moist, lembut dan sedap ni tau. Saya jamin korang mesti tak akan menyesal.. Haha! Jom kita buat. Selamat mencuba!!

Kalau korang nak senang faham cara membuat kek oren walnut yang mudah ni jom tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu korang boleh subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan jangan ketinggalan untuk tengok video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Kek Oren Walnut:

  • 1 Biji Buah Oren
  • 3 Sudu Besar Sunquick
  • 3/4 Cawan Gula
  • 1 Cawan Minyak Jagung
  • 3 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • 1 Sudu kecil Parutan Kulit Oren
  • 2 Cawan Tepung Naik Sendiri
  • Pewarna Makanan (Kuning)
  • 3/4 Cawan Walnut
  • Hirisan Oren (untuk hiasan)

Cara-Cara Untuk Membuat Kek Oren Walnut:

  1. Kisar buah oren sehingga hancur.
  2. Sukat bersama sunquick sehingga menjadi sampai satu cawan. Jika tak cukup satu cawan boleh kisar lagi buah oren dan cukupkan sehingga satu cawan.
  3. Masukkan semula campuran jus oren dan sunquick tadi ke dalam pengisar dan tambahkan gula, minyak jagung, telur, esen vanila dan parutan kulit oren. Kisar kesemuanya sehingga sebati.
  4. Ayakkan tepung naik sendiri ke dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan sedikit pewarna makanan kuning dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati sahaja. Tak perlu kacau terlalu lama untuk mengelakkan kek mampat.
  5. Bila dah sebati, masukkan walnut dan kacau rata sahaja.
  6. Sementara tu, boleh panaskan oven terlebih dahulu selama 10 hingga 15 minit.
  7. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dioles dengan mentega dan dilapik dengan kertas pembakar.
  8. Susun hirisan buah oren di atas permukaan adunan kek mengikut kreativiti masing-masing.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 160°C selama 45-50 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. Cucuk dengan lidi untuk cek bahagian dalam kek masak atau tidak.
  10. Kalau dekat lidi tu masih ada adunan yang cair masih melekat maksudnya kek masih belum masak lagi. Jangan risau jika kek masih belum masak, boleh tambahkan masa lagi sehingga kek betul-betul masak. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo