Lala Salted Egg Sajian Ringkas Tapi Menyelerakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Apa khabar? Dalam entri kali ni saya nak kongsikan satu resepi ringkas tapi sangat sedap dan menyelerakan iaitu lala salted egg atau lala telur masin. Lala ni saya beli masa pegi pasaraya semalam. Masa pilih ikan ternampak pulak lala ni dan masih fresh jadi saya pun beli la. Anak-anak saya memang suka sangat makan lala ni. Lebih-lebih lagi kalau masak macam ni. Kadang-kadang diaorang ratah macam tu je tanpa makan dengan nasi. Kalau buat lala sweet sour pun diaorang suka juga. Pendek kata apa-apa sahaja masakan lala memang favourite diaorang. Hehe.. Selain lala ni, saya juga pernah kongsikan resepi ayam butter salted egg dan udang butter yang lebih kurang sama resepinya seperti ni.

Nak buat resepi lala ni senang je. Bahannya pun tak banyak. Saya gunakan salted egg readymade jenama hexa. Korang boleh je guna apa-apa jenama salted egg yang lain selain hexa. Sekarang ni terdapat banyak salted egg readymade yang dijual di pasaran dan ada juga di online. Hehehe.. Kalau takde salted egg readymade, korang boleh rebus 2 biji telur masin dan ambil telur kuningnya sahaja dan hancurkan untuk digunakan dalam resepi ni. Lala perlu dibasuh dan dicuci dengan bersih sebelum di masak. Biasanya saya akan buka sedikit kulitnya dan basuh satu-satu. Sebab selalunya lala yang dibeli ni ada tanah dan pasir di dalamnya. Kalau dah termasuk dan termasak sekali, memang tak sedap la resepi lala korang nanti.

Cili padi yang digunakan dalam resepi ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tahap kepedasan yang sesuai dengan selera sendiri. Daun kari wajib ada untuk membangkitkan bau dan aroma pada lala ni. Saya gunakan susu cair sebagai kuahnya untuk rasa creamy dan lebih sedap. Boleh tambah susu cair jika ingin lebih kuahnya. Lala salted egg ni sedap di makan semasa panas-panas dengan nasi putih. Kalau korang suka resepi ni boleh la cuba untuk dihidangkan kepada keluarga. Jom kita lihat resepinya di bawah ni. Selamat mencuba!

Sambil korang tengok dan baca resepi lala salted egg ni, apa kata korang subscribe dulu YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan jangan ketinggalan untuk tengok latest video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Lala Salted Egg:

  • 300 Gram Lala
  • 3 Ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • 4 Biji Cili Padi (dihiris halus)
  • 3 Tangkai Daun Kari
  • 1 Sudu Besar Salted Egg
  • 1 Cawan Susu Cair
  • 1 Sudu Kecil Tepung Jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Garam
  • Gula

Cara-Cara Untuk Membuat Lala Salted Egg:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili padi dan daun kari. Tumis lagi sekejap sambil kacau rata.
  3. Masukkan pula salted egg kacau hingga rata.
  4. Kemudian, masukkan susu cair kacau hingga sebati.
  5. Masukkan lala, garam dan gula secukup rasa. Boleh tambahkan perasa lain jika suka. Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan air tepung jagung dan kacau sebentar sehingga kuah sedikit pekat. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo