Udang Kam Heong Sedap Sangat.. Tak Tipu!

Assalamualaikum dan hi semua. Dalam entri kali ni saya nak kongsikan cara untuk membuat udang kam heong. Sesekali ubah selera dengan masakan ala-ala cina sedap jugakan. Saya pernah makan udang kam heong ni di sebuah restoran cina muslim. Korang dah pernah cuba ke rasa atau masak udang kam heong ni? Pertama kali rasa udang kam heong ni memang sangat sedap dan menepati selera kami sekeluarga. Anak-anak juga suka akan rasanya. Jadi, hari ni saya nak kongsikan dengan korang resepi udang kam heong yang sangat mudah untuk disediakan. Hidangan ni sangatlah wangi, cukup rasa pedas dan rempahnya. Bila dah masak dan menghadap lauk yang sedap di depan mata, sudah pasti rasa tak sabar untuk menikmatinya. Apalagi terus ambil pinggan dan makan la jawabnya.

Ada pelbagai cara untuk membuat udang kam heong ni. Secara asasnya, bahan yang diperlukan ialah bawang putih, daun kari dan serbuk kari. Bahan-bahan lain seperti cili padi, kicap dan sos tiram boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing.  Udang boleh digantikan dengan ayam, ketam, lala dan sebagainya mengikut kesesuaian. Boleh goreng udang menggunakan tepung supaya lebih rangup ataupun boleh jugak goreng dengan garam dan kunyit sahaja. Rasa udang kam heong ni sedikit berempah, pedas, manis dan masin. Ada satu lauk ni je dah cukup menyelerakan bagi kami sekeluarga. Hehe. Udang kam heong ni memang sedap dan kalau makan dengan nasi putih je pun dah cukup. Okay, kalau korang tak pernah rasa udang kam heong sebelum ni boleh la cuba resepi mudah ni. So, jom kita tengok resepi yang best kat bawah ni. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video tutorial cara untuk membuat udang kam heong kat bawah ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk lihat cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru dari kami yang mudah dan senang untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Udang Kam Heong:

Bahan untuk udang:

  • 500 gram Udang
  • Garam secukupnya
  • Lada Sulah secukupnya
  • Tepung Jagung secukupnya
  • Minyak

Bahan-bahan lain:

  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1 Sudu Besar Udang Kering
  • 1 Sudu Besar Serbuk Kari
  • 1 Sudu Besar Kicap Manis
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2-3 Tangkai Cili Padi
  • 1 Tangkai Daun Kari
  • Air Jika Perlu
  • Garam
  • Gula
  • 1/2 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam

Cara-Cara Untuk Membuat Udang Kam Heong:

  1. Gaul udang bersama garam, lada sulah dan tepung jagung.
  2. Kemudian, perap udang lebih kurang 30 minit.
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga masak dan rangup. Angkat dan ketepikan dahulu.
  4. Kemudian, dalam kuali lain panaskan sedikit minyak tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan udang kering dan tumis lagi sehingga sedikit garing.
  6. Masukkan serbuk kari, kicap manis dan sos tiram dan kacau sebati sehingga garing.
  7. Setelah itu, masukkan pula cili padi dan daun kari. Kacau rata. Tambahkan sedikit air supaya tidak hangit.
  8. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa serta lada hitam. Kacau sehingga sedikit kering.
  9. Akhir sekali, masukkan udang yang digoreng tadi dan kacau sehingga sebati semuanya. Siap! Boleh la dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo