Kombinasi Brownies Buttercake Yang Mudah Dan Mengancam

Hi semua. Assalamualaikum. Apa khabar? Ada yang suka makan brownies dan buttercake tak? Kalau suka, resepi ni wajib dicuba. Kombinasi brownies dan jugak buttercake ni memang sangat sedap dah menyelerakan. Honestly saya sendiri pun baru firstime cuba menggabungkan dua jenis kek ni menjadi satu. Disebabkan anak-anak saya sukakan brownies dan suami saya pula lebih sukakan butter kek, saya terfikir untuk menggabungkan dua resepi ni menjadi satu. Hehehe.. Maka hasilnya tidak mengecewakan dan kami sekeluarga sangat puashati. Suami dan anak-anak pun cakap sedap dan lepas masak, kami makan masa panas-panas habis setengah loyang tu. Selain dari brownies dan buttercake ni, saya juga pernah kongsikan beberapa lagi jenis brownies yang lain antaranya ialah fudgy brownies, brownies kedut, brownies labu, red velvet brownies dan macam-macam lagi. Nak cuba brownies cookies, boleh klik sini. Memang teramat sedap.

Kek ni saya buat satu adunan saja untuk setiap bahagian. Kalau nak bahagian brownies lebih banyak, boleh gandakan bahan untuk brownies. Kalau nak bahagian buttercake pula banyak, boleh gandakan bahan keknya. Cuma pastikan lebihkan sikit masa membakarnya bergantung pada oven masing-masing dan gunakan loyang yang lebih besar supaya kek cepat masak. Kalau nak nampak buttercake tu lebih menarik, cadangan saya asingkan sedikit adunan brownies dan letakkan ke atas adunan buttercake dan boleh la lorek atau buat corak mengikut kreativiti masing-masing. Hehe..

Untuk bahagian buttercake gunakan mentega yang berkualiti dan pastikan mentega dipukul sehingga gebu dan mentega bertukar menjadi putih atau pucat untuk mendapatkan kek yang elok dan gebu selepas dibakar. Jangan terlebih pukul setelah masukkan tepung dan susu untuk mengelakkan kek menjadi mampat selepas di bakar. Penggunaan susu segar di dalam kek ni akan membuatkan kek menjadi lebih moist. Pada sesiapa yang tak pernah cuba makan dan rasa gabungan brownies dan buttercake ni, korang wajib cuba kombinasi kedua-dua kek ni yang sangat sedap dan lazat untuk dinikmati seisi keluarga. So, tunggu apa lagi jom kita buat.. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara membuat brownies buttercake ni, korang boleh tengok dulu video yang saya kongsikan kat bawah ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan jangan ketinggalan untuk tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Brownies Buttercake:

Bahan Untuk Brownies:

  • 140 gram Coklat
  • 1/4 Cawan Mentega (55 gram)
  • 1 Biji Telur
  • 1/4 Cawan Gula Perang (40 gram)
  • 1/4 Cawan Tepung Gandum (32 gram)

Bahan Untuk Buttercake:

  • 1 Cawan Tepung Gandum (125 gram)
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 1/2 Cawan Mentega (112 gram)
  • 1/3 Cawan Gula (70 gram)
  • 2 Biji Telur
  • 50 ml Susu Segar

Cara-Cara Untuk Membuat Brownies Buttercake:

  1. Mula-mula sediakan bahagian brownies dahulu.
  2. Cairkan coklat dan mentega. Gunakan kaedah double boiler. Ketepikan dahulu.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Pukul sehingga sebati dan gula hancur.
  4. Masukkan coklat yang masih suam tadi dan kacau rata.
  5. Lepas tu, masukkan pula tepung gandum. Kacau sehingga rata dan sebati sahaja, tak perlu pukul lama-lama.
  6. Sediakan loyang 5 x 9 inci yang telah dioles dengan mentega dan dilapik dengan kertas pembakar.
  7. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
  9. Sementara itu, sediakan bahagian kek pula.
  10. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Boleh ayak 2 hingga 3 kali untuk dapatkan kek yang lebih gebu. Ketepikan dahulu.
  11. Boleh juga gunakan tepung naik sendiri, tapi tak perlu letak serbuk penaik lagi.
  12. Kemudian, pukul mentega dan gula menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi sehingga betul-betul kembang dan gebu. Adunan yang telah betul-betul kembang dan gebu akan bertukar menjadi warna putih atau pucat dan ringan.
  13. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul adunan sehingga sebati.
  14. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan susu sehingga habis. Mula dengan tepung dan akhirkan dengan tepung juga. Pukul dengan kelajuan perlahan dan cukup sekadar adunan sebati sahaja untuk mengelakkan kek menjadi mampat selepas di bakar nanti.
  15. Setelah itu, masukkan adunan kek ke dalam loyang brownies yang telah di bakar tadi dan ratakan. Boleh tambahkan apa-apa hiasan, coklat atau kekacang jika suka.
  16. Bakar pada suhu 170°C selama 30 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing. Cucuk dengan lidi untuk cek bahagian dalam masak atau tidak.
  17. Kalau dekat lidi tu masih ada adunan yang cair masih melekat maksudnya kek masih belum masak lagi. Tambah lagi masa memasak dan cek sehingga tiada lagi adunan yang melekat pada lidi. Siap sedia untuk dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo