May 18, 2021

Brownies Cookies | Biskut Brownies Mewah Dengan Rasa Coklat!

Hi semua, assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan dengan korang semua resepi brownies cookies atau biskut brownies. Saya happy sangat nak share resepi ni dengan korang kerana setelah setahun lebih mencuba dan percubaan untuk kali ke-4, akhirnya saya berjaya membuat brownies cookies ni dengan sempurna. Haha! Rasa excited sangat bila dapat tengok hasil biskut ni menjadi dengan sempurna. Itu la satu kepuasan bagi saya apabila dapat menghasilkan sesuatu masakan yang terbaik untuk dikongsi bersama. Sebelum ni, bila saya buat brownies cookies, selalu tak jadi dan ada je yang tak kena. Antaranya ada yang hangit, ada yang terlalu kembang, ada yang leper dan yang paling tak best bila tak dapat kedutan yang cantik diatasnya dan biskut tak jadi bulat. Hehe.. Itulah pengalaman saya bila nak menghasilkan brownies cookies ni. Tapi saya tak give up dan terus cuba membuatnya sampai ianya jadi cantik macam yang saya buat hari ni. Actually bukan mudah nak buat sesuatu resepi, ada sesetengah resepi yang senang dan boleh terus jadi, ada pula yang kena ambil masa dan buat berkali-kali baru la jadi dan sempurna. So, korang jangan putus asa jika resepi tu tak jadi, cuba belajar dari kesilapan dan bertanya atau rujuk pada orang yang lebih berpengalaman. Lama-kelamaan kita pasti akan pandai melakukannya dengan baik dan sempurna. Hehe..

Berbalik kepada resepi brownies cookies tadi, pastikan korang gunakan coklat yang berkualiti dan mempunyai kandungan coklat yang tinggi untuk mendapatkan rasa yang sedap dan kedutan brownies yang cantik. Saya guna coklat jenama callebaut, jika tiada boleh juga gunakan coklat jenama berryl’s atau sebagainya yang bersesuaian. Boleh gunakan cip coklat separa manis (semi-sweet chocolate) untuk mengurangkan rasa manis pada biskut ni. Brownies cookies yang saya buat ni tidak menggunakan acuan. Jadi adunannya perlu sedikit [email protected] supaya ianya tidak mengembang berlebihan semasa di bakar.

Loyang atau tray perlu di alas dengan kertas pembakar (baking paper) supaya biskut senang untuk ditanggalkan selepas di bakar. Saya gunakan penceduk (scoop) aiskrim untuk membentuk adunan biskut ni, tapi jika tiada korang boleh masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan sahaja di atas loyang atau tray. Bagi sesiapa yang tak pernah rasa brownies cookies ni saya sarankan korang cuba la buat kerana sangat sedap dan mewah dengan rasa coklat! Sekali makan memang tak boleh berhenti! Haha.. Saya pasti korang mesti suka dengan rasanya. Jangan lupa untuk cuba okay!

Selain daripada brownies cookies ni, terdapat banyak resepi biskut lain yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Antaranya ialah triple chocolate chip cookies yang rangup, biskut red velvet, biskut coklat inti nutella dan macam-macam lagi. Ada juga biskut yang pernah menjadi viral seperti biskut susu alien, biskut semperit susu yang sangat mudah untuk dibuat dengan hanya menggunakan 4 bahan dan tart cadbury.

Saya ada sediakan video cara  penyediaan brownies cookies kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Brownies Cookies:

  • 90gram Tepung Gandum
  • 2 Sudu Besar Serbuk Koko
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 1/4 Sudu Kecil Garam
  • 225 gram Coklat Gelap
  • 57 gram Mentega
  • 70 gram Gula
  • 90 gram Gula Perang
  • 2 Biji Telur (Gred A)
  • 90 gram Coklat Cip
  • Badam Cincang (untuk hiasan)

Cara-Cara Untuk Membuat Brownies Cookies:

  1. Mula-mula ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat dan mentega dengan menggunakan kaedah double boiler. Ketepikan dahulu dan biarkan ianya suam.
  3. Pukul gula, gula perang dan telur menggunakan mixer selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
  4. Perlahankan mixer dan masukkan coklat yang telah suam tadi dan pukul lagi dengan kelajuan sederhana.
  5. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi dan kacau menggunakan spatula sahaja. Jangan terlebih pukul.
  6. Kemudian, masukkan cip coklat dan kacau rata sahaja.
  7. Selepas itu, letakkan adunan menggunakan penceduk (scoop) aiskrim atau sudu di atas tray atau loyang yang telah dilapik dengan kertas pembakar.
  8. Pastikan adunan yang diletak di atas tray dijarakkan kerana biskut akan kembang semasa dibakar.
  9. Sementara itu, boleh panaskan oven pada suhu 175°C selama 10 minit.
  10. Setelah oven panas, bakar adunan pada suhu 175°C selama 15 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
  11. Selepas biskut dibakar, keluarkan biskut dari oven dan biarkan biskut sejuk dahulu baru alihkan dari tray untuk mengelakkan biskut menjadi patah atau hancur. Siap! Sedia untuk dinikmati.
brownies cookies
brownies cookies
brownies cookies

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
%d bloggers like this: