Chicken Chop Dengan Sos Cendawan Sedap Terangkat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Dalam entri kali ini saya nak kongsikan dengan korang semua resepi western pulak iaitu chicken chop dengan sos cendawan yang sangat sedap. Chicken chop adalah salah satu masakan yang berasal daripada barat. Ianya telah diubah suai mengikut citarasa dan selera orang kita. Sehingga kini, chicken chop telah menjadi kegemaran semua tak kira pelbagai bangsa dan usia, dari kanak-kanak hingga la dewasa. Banyak restoran mahupun gerai-gerai, tidak ketinggalan di pasar malam juga ada menjual chicken chop ni, daripada harga yang mahal sehingga la yang murah. Pendek kata chicken chop ni senang dan mudah untuk di dapati di mana-mana sahaja. Hehehe.. Namun yang demikian, ada juga diantara kita yang lebih memilih untuk memasak sendiri chicken chop untuk keluarga daripada membelinya di luar. Sudah pastinya, hidangan yang kita masak sendiri lebih terjamin rasa dan kebersihannya, selain lebih jimat, murah dan berbaloi lebih-lebih lagi jika kita mempunyai keluarga yang ramai. Betul tak? Hehehe..

Biasanya chicken chop akan di makan bersama sos black paperkan? Tapi untuk resepi kali ni saya sediakan sos cendawan untuk  kelainan. Sos cendawan ni tidak kurang sedapnya dan sangat sesuai di makan bersama chicken chop. Kalau nak buat sos cendawan ni korang boleh la buat lebih kerana ianya juga boleh dicicah atau dimakan bersama roti. Pendek kata 2 in 1 la. Hehehe.. Untuk sos cendawan ni boleh gunakan apa-apa jenis cendawan seperti shitake atau cendawan dalam tin. Stock ayam boleh ditukar dengan kiub ayam jika tiada. Boleh tambahkan apa-apa bahan lain yang sesuai mengikut selera dan citarasa masing-masing. Saya masukkan sedikit kicap untuk mendapatkan warna sos yang lebih gelap dan cantik. Jangan masak sos ni terlalu pekat kerana apabila sos sudah sejuk ianya akan semakin pekat kerana ada campuran tepung di dalam sos cendawan ni.

Untuk salutan ayam pula, saya gunakan tepung goreng ayam segera je. Kalau nak salutan yang lebih tebal boleh ulang proses menyalut ayam dengan tepung dan telur beberapa kali sehingga mendapat salutan yang korang inginkan. Serbuk roti pula saya gunakan yang bewarna putih. Boleh juga gunakan serbuk roti warna oren yang boleh di dapati di kedai-kedai serta di pasaraya. Kalau korang terlebih rajin boleh juga buat sendiri serbuk roti ni seperti yang pernah saya kongsikan di sini. Korang boleh hidangkan chicken chop ni bersama kentang goreng atau kentang putar bersama dengan coleslaw serta sos cili. Baru la lengkap dan terangkat chicken chop korang nanti! Hahaha.. So, sekiranya korang ingin membuat resepi chicken chop serta sos cendawan yang sedap dan mudah, di sini kami sediakan resepi ini khas untuk korang. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video tutorial cara untuk membuat chicken chop dan sos cendawan dibawah ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk lihat cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan lihat lebih banyak resepi terbaru dari kami yang mudah dan senang untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Chicken Chop Dan Sos Cendawan:

Bahan Untuk Sos Cendawan:

  • 2 Sudu Besar Mentega
  • 1/2 Biji Bawang Holland
  • 100 Gram Cendawan
  • 1 Sudu Besar Tepung Gandum
  • Air Secukupnya
  • 1 Sudu Besar Stok Ayam
  • Kicap Manis
  • Serbuk Lada Hitam
  • Herba Campuran
  • 1/2 Sudu Besar Sos Tiram

Bahan Untuk Ayam:

  • Ayam
  • Tepung Goreng Ayam Segera
  • Air Secukupnya
  • Telur
  • Serbuk Roti
  • Minyak Untuk Menggoreng

Cara-Cara Untuk Membuat Chicken Chop Dan Sos Cendawan:

  1. Mula-mula sediakan sos cendawan dahulu.
  2. Cairkan mentega dan tumis bawang holland sehingga naik bau.
  3. Masukkan cendawan dan tumis lagi sehingga cendawan layu.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata sehingga sedikit kering.
  5. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat kepekatan sos yang kita inginkan. Kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan stok ayam atau boleh tambah apa-apa bahan perasa lain yang disukai dan kemudian masukkan kicap.
  7. Selepas itu boleh masukkan serbuk lada hitam, herba campuran serta sos tiram. Kacau hingga sebati dan selepas sos mendidih boleh angkat dan ketepikan dahulu.
  8. Sementara itu sediakan ayam pula. Bancuh tepung goreng ayam segera dengan sedikit air sehingga menjadi likat. Gaulkan ayam dengan tepung dan perapkan selama lebih kurang 30 minit atau lebih lama supaya lebih sedap.
  9. Kemudian, ambil ayam yang diperap tadi dan salutkan dengan tepung goreng ayam yang kering pula. Ratakan tepung pada keseluruhan ayam.
  10. Bila tepung dah rata, salutkan pula ayam dengan telur yang telah dipukul sedikit.
  11. Boleh ulang langkah 8 dan 9 beberapa kali untuk mendapatkan salutan ayam yang lebih tebal.
  12. Bila dah puashati dengan ketebalan salutan tadi, salut pula dengan serbuk roti pada keseluruhan ayam.
  13. Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api yang sederhana supaya ayam tidak mudah hangit dan masak sampai ke dalam serta salutan tepung menjadi garing dan rangup.
  14. Bila ayam dah masak, angkat ayam dan hidangkan bersama sos cendawan tadi. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo