Yee Mee Hailam Sedap Dan Menyelerakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hi semua. Cuaca dekat luar tu mendung je dua tiga hari ni. Bila petang je hujan dekat area rumah saya ni. Tempat korang macamana pula? Bila hujan ni memang selalunya asyik lapar je kan. Lebih-lebih lagi anak-anak, bila balik sekolah je terus menuju ke dapur tengok apa yang saya masak. Walaupun dekat sekolah dah makan tapi bila balik rumah je mesti lapar, tambah pulak time hujan-hujan ni. Hehe. Hari ni saya nak masak dan kongsikan cara untuk membuat kuah hailam dengan menggunakan yee mee.

Cara untuk membuat yee mee hailam ni mudah je. Sama macam cara untuk membuat mee goreng biasa. Cuma bezanya hailam ni berkuah. Jadi kalau nak buat mee goreng yang sedap, boleh guna resepi ni. Cuma kurangkan air semasa masak. Sayur-sayuran dan semua jenis lauk boleh letak macam-macam jenis terpulang kepada pilihan massing-masing. Nak letak banyak boleh. Sikit pun boleh. Sebab ni saya tak letak sukatan untuk lauk dan sayur. Jadi, terpulang la pada selera dan citarasa masing-masing.

Selain yee mee, kuah hailam ni juga boleh dimasak dan dimakan bersama mee kuning, bihun ataupun kuew tiau. Kalau makan dengan nasi goreng pun sedap juga tau! Korang mesti cuba resepi ni sebab memang sangat lazat dan menyelerakan. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara membuat yee mee hailam ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan yee mee hailam:

  • 2 Biji Bawang Merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1 Sudu Besar Cili Kisar
  • Ayam
  • Udang
  • Air
  • Lobak Merah
  • 1 Sudu Besar Kicap Manis
  • 1 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Sudu Besar Sos Cili
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • Air
  • Sotong
  • Kubis
  • Gula
  • Garam
  • Tepung Jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Buah Tomato
  • Kubis Bunga
  • Yee Mee (perlu direbus sekejap)

Cara-cara untuk membuat yee mee hailam:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar. Kacau dan tumis sekejap.
  3. Masukkan ayam serta udang goreng hingga separuh masak dan tambahkan sedikit air kemudian masukkan lobak merah. Kacau rata.
  4. Masukkan kicap manis, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
  5. Tambah lagi air secukupnya untuk kuah dan tunggu sehingga kuah mendidih.
  6. Masukkan sotong, kobis, gula serta garam secukup rasa.
  7. Kemudian, tambahkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  8. Akhir sekali, masukkan buah tomato dan juga bunga kobis.
  9. Tuang kuah hailam ke atas yee mee (perlu di direbus terlebih dahulu).

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo