Mee Goreng Taucu

Assalamualaikum dan hi semua. Kali ni saya nak kongsikan cara untuk membuat mee goreng taucu. Selain daripada mee kuning, resepi ni juga boleh dibuat menggunakan bihun atau jenis mee yang lain. Pada penggemar taucu, pastinya resepi mee goreng taucu ni akan jadi makanan kegemaran korang nanti. Bahan-bahan dalam resepi ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Untuk resepi ni, boleh dibuat untuk 2@3 orang makan. Pada yang belum pernah cuba resepi mee goreng taucu ni, boleh cuba nanti sebab rasa dia memang lain daripada yang lain. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video mee goreng taucu kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk lihat cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan mee goreng taucu:

  • 1/2 biji Bawang Besar
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 sb Udang Kering
  • Minyak Masak
  • 2 sb Cili Kering Kisar
  • 1 sb Sos Tomato
  • 2 sb Sos Cili
  • 1 sb Sos Cili Thai
  • 2 sb Sos Tiram
  • 2 sb Taucu
  • 50 gm Ayam
  • 5 ekor Udang
  • Lobak Merah
  • Lada Benggala
  • Sawi
  • 250 gm Mee Kuning
  • Taugeh

Cara-cara untuk membuat mee goreng taucu:

  1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  2. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi dan tambahkan cili kering kisar. Tumis sehingga cili garing.
  3. Kemudian, tambahkan sos tomato, sos cili, sos cili thai, sos tiram dan taucu. Kacau sehingga rata.
  4. Tambahkan ayam dan biarkan separuh masak, baru masukkan udang. Kacau sebentar.
  5. Seterusnya masukkan lobak merah dan letakkan sedikit air. Setelah lobak merah agak lembut, masukkan lada benggala, sawi serta mee kuning. Tambahkan sedikit air jika perlu dan boleh perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau hingga kesemuanya sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan taugeh. Kacau sekejap dan boleh hidangkan. Siap!!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo