Bingka Durian Mudah Sukatan Cawan

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan salah satu resepi kuih yang sangat sedap iaitu kuih bingka durian ataupun kuih bakar durian. Tak kisah nak gunakan durian apa sekalipun yang penting mesti la durian yang masih fresh. Baru la dapat hasil kuih bingka yang sedap. Hehe.. Kalau durian tu agak tawar, boleh lebihkan sedikit gula dalam adunan. Kalau suka bingka yang betul-betul lembut, boleh tambah lagi sikit air lebih kurang 1/4 cawan untuk menjadikan adunan lebih cair dan bingka akan lembut sedikit selepas di masak. Susu cair boleh digantikan dengan santan sepenuhnya terpulang kepada selera masing-masing. Jika menggunakan santan sudah tentu rasanya lebih lemak. Saya suka bingka yang lebih garing di bahagian atasnya. Jadi, kalau korang suka bingka yang extra garing kat bahagian atas macam saya, boleh bakar api atas sahaja untuk 5 minit terakhir sebelum di angkat. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video bingka durian kat atas ni untuk rujukan. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk lihat cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk bingka durian:

  • 1 cawan Durian
  • ¾ cawan Air
  • 1/2 cawan Gula
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu besar Mentega Cair
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1 sudu besar Tepung Beras
  • ½ cawan Santan Pekat
  • ¾ cawan Susu Cair
  • Pewarna Makanan (Kuning)
  • ¼ sudu kecil Garam
  • Bijan putih dan hitam (untuk hiasan)

Cara-cara untuk membuat bingka durian:

  1. Masukkan durian dan air ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
  2. Kemudian, dalam blender yang sama, masukkan gula, telur, mentega cair, tepung gandum dan tepung beras. Kisarkan kesemua bahan sehingga hancur dan sebati.
  3. Seterusnya masukkan pula santan dan susu cair. Tambahkan sedikit pewarna makanan kuning dan garam. Kisarkan kesemua bahan sehingga hancur dan sebati.
  4. Langkah seterusnya, sapukan acuan dengan sedikit minyak atau mentega. Boleh gunakan acuan muffin bersaiz kecil (boleh rujuk video) atau boleh juga gunakan acuan atau loyang yang bersaiz besar.
  5. Masukkan adunan tadi ke dalam acuan sehingga hampir penuh. Buat sehingga kesemua adunan habis. Taburkan bijan hitam atau putih dipermukaan adunan sebagai hiasan.
  6. Seterusnya, bakar adunan pada suhu 180ºc selama 25-30 minit atau sehingga masak mengikut kapasiti oven masing-masing. Bakar menggunakan api atas dan bawah. Jika gunakan acuan atau loyang yang bersaiz besar boleh bakar selama 45 minit sehingga 1 jam.
  7. Setelah bingka masak, sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan dan boleh dihidangkan. Siap!

Tips:

  • Kalau durian tak berapa manis boleh lebihkan gula ikut tahap kemanisan yang disukai.
  • Jika suka permukaan atas bingka lebih garing, boleh tukarkan api atas sahaja pada 5 minit terakhir semasa membakar bingka.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo