Prosperity Burger Ayam Yang Super Sedap

Assalamualaikum dan hi semua. Korang masak apa hari ni? Kalau takde idea nak masak jom saya kongsikan resepi prosperity burger atau burger bersalut sos lada hitam. Rasa prosperity burger ayam ni memang sangat sedap tau, ala-ala prosperity burger kat McDonald tu. Hehehe. Gabungan rasa burger ayam yang lembut dan salutan sos lada hitam tu memang padu! Sekali makan pasti nak lagi. Dalam resepi ni saya hanya tunjukkan cara-cara untuk membuat burger ayam serta sos lada hitam sahaja kerana resepi rotinya saya dah pernah kongsikan sebelum ini di sini. Korang boleh buat sendiri roti burger ni atau boleh gunakan apa-apa jenis roti yang ada di jual di kedai atau pasaraya.

Saya gunakan ayam dalam resepi ni. Ayam boleh digantikan dengan daging jika suka. Boleh gunakan ayam yang telah siap dikisar yang boleh di beli di pasaraya ataupun kalau korang rajin, boleh kisar sendiri ayam segar. Korang boleh tambahkan perisa lain di dalam ayam ni mengikut selera dan citarasa masing-masing. Resepi ini boleh menghasilkan 5 biji burger yang bersaiz sederhana. Burger ini juga boleh di makan tanpa sos lada hitam. Boleh tambahkan apa-apa sayuran atau salad yang sesuai untuk di makan dengan prosperity burger ni. Kalau nak lagi sedap boleh letak mayonis, cili sos, tomato sos, mustard serta keju sebagai pilihan ikutlah selera masing-masing. So, pada penggemar prosperity burger tak perlu la susah-susah nak beli burger kat McDonald’s lagi sebab dah boleh buat sendiri je.. Hehehe. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video membuat prosperity burger kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk lihat cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Prosperity Burger:

Bahan untuk burger:

  • 500 Gram Ayam Cincang
  • 1/4 Cawan Serbuk Roti
  • 1 Biji Telur
  • Serbuk Lada Hitam
  • Garam

Bahan Sos Lada Hitam:

  • 2 Sudu Besar Mentega
  • 30 Gram Bawang Holland
  • 1 hingga 2 Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
  • 1 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 1/2 Cawan @ 125 ml Susu Segar
  • 1/2 Cawan @ 125 ml Air
  • 3 Sudu Besar Kicap Manis
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1/2 Kiub Ayam

Cara-Cara Membuat Prosperity Burger:

  1. Gaul isi ayam dengan telur dan serbuk roti.
  2. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk lada hitam. Gaul lagi hingga sebati.
  3. Kemudian bentukkan isi ayam mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Masak di atas kuali dengan sedikit minyak menggunakan api yang kecil supaya ayam masak sekata sehingga ke dalam.
  5. Masak kedua-dua belah ayam sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan dahulu.
  6. Sementara itu sediakan sos lada hitam.
  7. Tumis bawang holland dengan mentega sehingga naik bau.
  8. Masukkan serbuk lada hitam dan tepung gandum. Kacau sehingga rata supaya tepung tidak berketul-ketul.
  9. Kemudian, masukkan susu segar, sos tiram, kicap serta kiub ayam.
  10. Masak sehingga sos sedikit pekat. Jangan masak terlalu pekat kerana sos akan menjadi semakin pekat apabila sudah sejuk.
  11. Bila sos lada hitam dah masak, ambil ayam tadi celupkan di dalam sos lada hitam dan letak di atas roti burger. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo