Yong Tau Fu (Kuah Hitam Dan Merah)

Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi yong tau fu dengan kuah hitam (manis) dan merah (pedas). Saya adalah salah seorang penggemar yong tau fu. Kalau pergi pasar malam memang wajib beli yong tau fu.. hehehe.. Tapi sebenarnya, kita boleh buat sendiri je kuah yong tau fu ni dan ianya sangat mudah untuk disediakan. Knorr pasti sedap akan melazatkan lagi rasa yong tau fu ni. Kalau korang buat sendiri, lebih berbaloi untuk makan sebab lebih murah berbanding kalau kita beli di pasar malam.. lebih-lebih lagi kalau nak makan ramai-ramai, memang jimat sangat kalau boleh buat sendiri.. hihi.. Saya akan tunjukkan cara dan langkah-langkah yang mudah untuk membuat kuah yong tau fu ni. Bahan-bahan untuk membuatnya pun sangat mudah untuk didapati. Boleh sesuaikan bahan-bahan ni mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara serta langkah-langkah penyediaan yong tau fu kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan:

  • 1 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 1 Sudu Besar Tepung Jagung
  • 1 Sudu Besar Taucu
  • 2 Sudu Besar Kicap Manis
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2-3 Sudu besar Gula
  • 1 ½ Cawan Air
  • Minyak Masak
  • ¼ Cawan Kacang Tanah
  • ½ Sudu Besar Tepung Gandum
  • ½ Sudu Besar Tepung Jagung
  • 1 ½ Cawan Air
  • 2-3 Sudu Besar Gula
  • Knorr Pasti Sedap secukupnya
  • Minyak Masak
  • 1 Ulas Bawang Putih
  • 2 Sudu Besar Cili Kering Kisar

Cara-cara:

  1. Mula-mula sediakan kuah hitam dahulu. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, taucu, sos tiram, kicap manis, sedikit gula dan air ke dalam blender, kisar sehingga kesemuanya hancur.
  2. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk, kacau dan masak menggunakan api perlahan sehingga kuah menjadi sederhana pekat. Angkat dan ketepikan.
  3. Seterusnya sediakan kuah pedas pula. Untuk kuah pedas, mula-mula gorengkan kacang tanah sehingga garing dan angkat.
  4. Kemudian, masukkan kacang tanah tadi bersama-sama tepung gandum, tepung jagung, air, gula dan juga knorr pasti sedap ke dalam blender. Kisar kesemua bahan sehingga kacang tanah hancur dan halus.
  5. Langkah seterusnya, tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili pecah minyak.
  6. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi, kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat menggunakan api perlahan. Rasa dahulu kuah dan boleh tambahkan knorr pasti sedap dan gula ke dalam kuah untuk seimbangkan rasa supaya ada rasa pedas, sedikit manis dan masin. Setelah kuah pekat angkat dan ketepikan.
  7. Akhir sekali, celurkan apa-apa jenis bebola, jejari ketam atau sayur-sayuran yang sesuai dan hidangkan bersama-sama kuah yong tau fu hitam dan merah yang telah dimasak tadi. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo