Cucur Nasi Dan Tips Cucur Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Assalamualaikum dan hai semua. Kalau ada yang tengah cari idea untuk sarapan pagi atau minum petang, korang boleh cuba resepi cucur nasi atau cekodok nasi ni. Kadang-kadang tu mesti korang ada lebihan nasi sikit, nak buat nasi goreng tak cukup pulak, so kita boleh buat cucur nasi ni. 1 adunan cucur ni boleh makan untuk 2-3 orang. Bahan-bahan dalam cucur ni boleh letak apa saja yang kita suka. Boleh letak banyak atau sikit, terpulang la kat korang. Yang penting perlu ada tepung beras dan baking powder untuk menjadikan cucur ni rangup di luar dan lembut di dalam. Selamat mencuba!

Sebelum korang nak cuba buat resepi cucur nasi ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk lihat video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk cucur nasi:

  • 1 Cawan Nasi
  • 1 Cawan Air Suam
  • 3-4 Sudu Besar Ikan Bilis
  • 1 Sudu Besar Udang Kering
  • Lobak Merah
  • Daun Bawang
  • Bawang Besar
  • ½ Kiub Ikan Bilis
  • ½ Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Besar Tepung Beras
  • ¾ – 1 Cawan Tepung Gandum

Cara-cara untuk membuat cucur nasi:

  1. Masukkan nasi dan air suam ke dalam blender, kisar sehingga hancur. Ketepikan dahulu.
  2. Tumbuk kasar ikan bilis dan udang kering.
  3. Kemudian, masukkan nasi yang dikisar dan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk. Tambahkan lobak merah, hirisan daun bawang, bawang besar dan kiub ikan bilis. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  4. Seterusnya, masukkan serbuk penaik, tepung beras dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul sehingga adunan sebati dan boleh dibentuk. Rehatkan adunan selama 10 – 15 minit.
  5. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng cucur sehingga garing. Siap! Boleh dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo