Agar-agar Sagu Pelangi

Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak buat resepi agar-agar sagu pelangi. Agar-agar ni sangat sedap dan lembut. Cara membuatnya sama seperti buat agar-agar biasa cuma ada tambahan sagu kat dalam agar-agar ni. Agar-agar ni boleh dibuat berlapis-lapis dengan menggunakan beberapa warna kegemaran masing-masing ataupun boleh juga buat satu warna sahaja, terpulang pada kerajinan korang.. Hehe.. Agar-agar ni boleh dimakan macam tu je ataupun boleh juga dimakan dengan susu cair dan juga air gula untuk rasa yang lebih sedap. Ianya sesuai dimakan sejuk-sejuk sebagai hidangan pencuci mulut. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video penuh agar-agar sagu pelangi di atas ni supaya korang boleh lihat dan mudah faham cara penyediaannya. Korang boleh layan dulu video ni dan jangan lupa untuk subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan:

  • Air secukupnya
  • 1 cawan (150 gm) Sagu
  • Pewarna Makanan
  • 3 cawan (750 ml) Air
  • 10 gm (1 paket kecil) Serbuk Agar-Agar
  • ¾ cawan (150 gm) Gula
  • 1 cawan (250 ml) Susu Cair

Cara-cara:

  1. Didihkan air dan masukkan sagu. Masak sagu sehingga menjadi jernih.
  2. Tapis sagu dan lalukan sagu dengan air paip untuk membuang kanji sagu.
  3. Kemudian, masukkan sagu sama rata ke dalam 5 biji mangkuk yang berlainan. Masukkan pewarna makanan ke dalam setiap satu mangkuk tadi mengikut warna kesukaan masing-masing dan kacau rata. Ketepikan dahulu.
  4. Langkah seterusnya, masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga hancur dan mendidih. Kemudian, masukkan pula susu cair dan masak sehingga agak pekat. Angkat.
  5. Selepas itu, masukkan agar-agar sama banyak ke dalam setiap mangkuk sagu tadi lebih kurang 200ml. Mulakan dengan mangkuk yang pertama.
  6. Sediakan acuan atau loyang yang sesuai dan masukkan agar-agar iaitu lapisan yang pertama. Selepas itu, masukkan sekejap ke dalam peti ais supaya permukaan agar-agar sedikit keras.
  7. Setelah agar-agar keras sedikit, keluarkan dari peti ais dan lapiskan dengan lapisan agar-agar yang kedua dan ulangi langkah 6-7 di atas sehingga kesemua lapisan agar-agar habis (boleh rujuk video). 
  8. Untuk lapisan agar-agar yang terakhir, boleh masukkan ke dalam peti ais selama 3-4 jam sehingga agar-agar keras sepenuhnya.
  9. Setelah agar-agar keras, boleh la dipotong dan dihidangkan bersama-sama susu cair atau gula melaka jika suka. Siap!

Tips:

  • Pastikan air betul-betul mendidih terlebih dahulu sebelum masukkan sagu supaya sagu tidak hancur semasa dimasak.
  • Boleh kelarkan sedikit permukaan agar-agar dengan pisau atau garfu jika lapisan agar-agar sudah terlalu keras sebelum masukkan lapisan bahagian atas, supaya lapisan agar-agar betul-betul melekat dengan elok apabila telah sejuk.
  • Panaskan semula agar-agar di atas api yang kecil jika agar-agar sudah semakin pekat atau mengeras sebelum digunakan untuk lapisan seterusnya.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo