Buko Laici Pencuci Mulut Yang Menyegarkan

Assalamualaikum dan hai semua. Kali ni saya akan kongsikan cara untuk membuat buko laici yang sangat sedap. Sebelum ni saya pernah buat resepi buko pandan, buko laici ni lebih kurang sama macam buko pandan juga tapi ianya menggunakan laici sebagai bahan utama dalam resepi ni. Resepi buko laici ni sangat mudah untuk disediakan. Sebenarnya antara bahan yang wajib ada dalam buko adalah kelapa. Tetapi masa saya buat resepi ni, saya takde kelapa. Jadi, saya olah sedikit bahannya mengikut bahan yang ada sahaja di rumah. Kalau korang ada kelapa boleh masukkan sekali dalam buko laici ni. Bahan-bahan lain yang digunakan boleh la letak macam-macam, terpulang pada citarasa masing-masing. Buko laici ni sangat sedap jika dimakan sejuk-sejuk dan sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut yang sangat menyegarkan. Dek kerana rasa buko ni sedap, manis dan lemak berkrim, kalau makan tu memang tak cukup semangkuk tau!, kalau tak percaya korang cuba la buat sendiri. Hehe.. Selamat mencuba!

Tapi sebelum korang cuba buat buko laici ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya senang faham cara penyediaan dan membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk buko laici:

  • ½ Cawan Sagu
  • Air
  • Sirap Ros
  • 2 Cawan Air Laici
  • ½ Sudu Besar Serbuk Agar-Agar
  • Sirap Ros
  • 200ml Krim Putar Tenusu
  • Susu Pekat Manis
  • Laici

Cara-cara untuk membuat buko laici:

  1. Mula-mula rendamkan sagu dengan air dan sedikit sirap ros. Ketepikan dahulu.
  2. Sementara itu, boleh sediakan agar-agar. Masukkan air laici yang telah diasingkan (buah laici akan digunakan kemudian), agar-agar serta sirap ros ke dalam periuk. Masak agar-agar sehingga mendidih dan sedikit pekat. Angkat.
  3. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan atau bekas yang sesuai dan sejukkan sehingga ianya betul-betul keras. Setelah agar-agar keras, boleh potong kecil-kecil. Ketepikan dahulu.
  4. Seterusnya, didihkan air di dalam periuk dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga sagu menjadi jernih. Setelah jernih, angkat dan tapiskan airnya dan lalukan sagu di bawah air paip yang mengalir untuk membuang lebihan kanji sagu. Ketepikan dahulu.
  5. Langkah seterusnya, sediakan kuah buko pula. Masukkan krim putar tenusu dan susu pekat ke dalam bekas dan kacau rata.
  6. Akhir sekali, boleh hidangkan buko laici. Sediakan mangkuk dan masukkan agar-agar, laici, sagu, nata de coco dan whipping cream yang telah dibancuh tadi sebagai kuah. Boleh tambahkan ais untuk rasa yang lebih sedap dan menyegarkan. Siap! Sedia untuk di makan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo