Aiskrim Milo 4 Bahan Tanpa Mixer Tanpa Blender

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat aiskrim milo dengan hanya menggunakan 4 bahan yang mudah. Cara untuk membuat aiskrim ni tak perlu menggunakan mixer atau blender mahupun acuan. Rasa aiskrim milo ni sangat sedap macam aiskrim milo kat kedai tau. Untuk hiasannya saya menggunakan cip coklat yang telah dicairkan. Korang boleh tambah apa-apa hiasan lain yang sesuai mengikut kreativiti masing-masing. Anak-anak mesti suka makan aiskrim Milo ni, nak buat pun tak susah dan bahan-bahannya pun mudah untuk didapati. Jadi korang boleh la buat bersama-sama anak untuk isi masa lapang mereka.. Selamat mencuba!

Sebelum korang nak cuba buat resepi aiskrim Milo ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk lihat video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk aiskrim milo:

  • 5 paket Milo 3 dalam 1
  • 1 Cawan Air Panas
  • 1 Cawan Susu Cair
  • 2-3 Sudu Besar Susu Pekat Manis
  • ½ Cawan Krim Putar Tenusu (whipping cream)
  • Cip Coklat (sebagai hiasan)

Cara-cara untuk membuat aiskrim milo:

  1. Tuangkan kesemua serbuk Milo 3 dalam 1 ke dalam bekas yang sesuai (simpan plastik Milo 3 dalam 1 untuk digunakan semula).
  2. Masukkan air panas dan kacau serbuk Milo 3 dalam 1 sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan susu cair, susu pekat manis dan krim putar tenusu. Kacau kesemuanya sehingga sebati.
  4. Seterusnya, ambil semua plastik Milo 3 dalam 1 tadi dan letak ke dalam bekas tinggi yang sesuai secara menegak (boleh rujuk video). Tuang bancuhan tadi ke dalam kesemua plastik Milo sehingga 3/4 penuh dan boleh simpan ke dalam peti ais (bahagian freezer) lebih kurang 2 jam.
  5. Langkah seterusnya, keluarkan aiskrim dari peti ais dan cucukkan batang aiskrim ke dalam setiap satu aiskrim tadi.
  6. Simpan semula aiskrim ke dalam peti ais (bahagian freezer) lebih kurang 5-6 jam atau semalaman sehingga aiskrim betul-betul keras sepenuhnya.
  7. Sementara itu, boleh cairkan cip coklat menggunakan kaedah double boiler atau masukkan ke dalam microwave selama 2-3 saat. Masukkan ke dalam piping beg.
  8. Akhir sekali, keluarkan aiskrim yang telah keras dan koyakkan plastiknya. Kemudian, boleh la drizzle atau hiaskan aiskrim dengan cip coklat yang telah dicairkan tadi. Siap! Sedia untuk dimakan.

Tips:

  • kalau nak teksture betul-betul macam kat kedai, boleh pukul adunan menggunakan mixer atau blender sampai gebu sebelum dibekukan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo