Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan satu resepi minuman iaitu air soda herbs atau ada juga yang memanggilnya sebagai air detox. Air soda herbs ni pernah viral di media sosial satu ketika dahulu. Walaupun mungkin ramai yang telah mencubanya sebelum ni dan resepi air ni memang sangat simple, tapi kami cuba membuat sedikit kelainan dalam video kali ni.
Rasa air ni masam-masam manis dari lemon dan asam boi serta rasa ais krim soda dan rasa segar dari pudina. Memang sesuai bagi mereka yang gemarkan minuman yang masam. Jika tiada ais krim soda, boleh juga gantikan dengan air sprite. Dalam resepi ni saya tidak menggunakan serai, korang boleh tambahkan serai jika suka. Serai tu boleh memyeimbangkan lagi rasa air ni. Air ni kalau simpan lama lagi kuat rasa pudina dan asam boi tu dan akan bertambah masamnya. Jadi pada yang suka minum masam-masam tu boleh la peram atau simpan lama sikit. Hehe.
Tak perlu sukatan yang tepat untuk membuat air ni, korang boleh letak seberapa banyak bahan yang korang suka ikut la tekak masing-masing. Haha! Boleh gandakan bahan-bahan jika ingin membuat lebih banyak air soda herbs ni. Laici yang digunakan dalam resepi ni akan menambahkan rasa manis dan sedap air ni. Boleh juga cuba campurkan cincau atau nata de coco dalam air ni jika suka. Pada yang belum pernah cuba soda herbs ni, air ni antara air yang wajib dicuba sebab rasanya memang sangat sedap dan menyegarkan terutama di musim panas ni. Boleh dinikmati bersama keluarga tersayang. Okay, selamat mencuba semua!
Saya ada sediakan video cara penyediaan air soda herbs ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Air Soda Herbs:
- Lemon
- Laici
- Asam Boi
- Daun Pudina
- Ais
- Ais Krim Soda
Cara-Cara Untuk Membuat Air Soda Herbs:
- Hiris lemon dan masukkan ke dalam gelas.
- Tambahkan laici dan airnya, asam boi serta daun pudina.
- Masukkan ais secukupnya dan tuang ais krim soda dan kacau. Hiaskan dengan hirisan lemon. Siap untuk diminum!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo