Bingka Labu Lembut Dan Berlemak

Assalamualaikum dan hi semua. Pada perkongsian kali ini saya nak buat resepi bingka labu. Bingka labu ni antara salah satu bingka yang saya suka selain bingka jagung dan bingka roti. Saya ni memang peminat kuih-muih traditional ni. Hehe.. Nak buat bingka labu ni senang je. Bahan-bahannya pun tak susah. Dalam resepi ni saya campurkan santan dan susu cair untuk mendapatkan rasa bingka yang lebih sedap dan berlemak. Masa bakar bau bingka ni sangat sedap dan harum. Kalau makan bingka ni saya sangat suka part yang garing-garing kat atas dan tepi-tepinya tu, lagi garing lagi la sedap. Hehehe.. Korang boleh cuba buat resepi bingka labu ni untuk makan dengan keluarga atau boleh juga buat untuk jualan. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara membuat bingka labu kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk bingka labu:

  • 1 cawan (270 gm) Labu
  • 1 cawan (125 gm) Tepung Gandum
  • ¼ cawan (50 gm) Gula
  • ¼ sudu kecil Garam
  • ½ cawan (125 ml) Santan
  • ½ cawan (125 gm) Susu Cair
  • 2 biji Telur
  • 1 ½ sudu besar Mentega
  • Bijan (hiasan)

Cara-cara untuk membuat bingka labu:

  1. Rebus labu dan lenyekkan sehingga hancur. Kemudian baru sukat menjadi 1 cawan.
  2. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sebati. Masukkan labu tadi dan kacau lagi. Kemudian, masukkan tepung gandum, susu cair, santan. Kacau hingga semuanya sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan mentega dan kacau lagi hingga semuanya tercampur rata.
  4. Sementara itu boleh panaskan oven terlebih dahulu selama 10-15 minit.
  5. Sediakan acuan atau loyang bersaiz 4×4 inci. Sapukan acuan dengan sedikit mentega atau minyak. Tuang semua adunan bingka tadi ke dalam acuan. Taburkan dengan bijan putih atau bijan hitam di atas permukaannya jika suka.
  6. Bakar pada suhu 170°C selama 35-40 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. Untuk mendapatkan bingka yang garing diatasnya, boleh tambahkan masa membakar selama 5 minit terakhir dan buka api atas sahaja.
  7. Setelah masak, sejukkan bingka terlebih dahulu, supaya lebih cantik dan kemas apabila dipotong. Potong menggunakan pisau plastik supaya bingka tidak mudah melekat. Siap! Sedia untuk dimakan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo