Puding Kastard Lapis Biskut Istimewa

Assalamualaikum dan hi semua. Pada kali ini saya nak kongsikan satu lagi resepi puding iaitu puding kastard lapis biskut. Puding kastard yang berlapis-lapisan dengan biskut ni sedap betul rasa dia. Untuk biskut tu, korang boleh letak apa-apa biskut lain ikut selera masing-masing. Untuk adunan kastard dalam resepi ni pula, saya buat tak manis sangat sebab biskut dah manis. Kalau nak kurangkan lagi manis pun boleh atau guna biskut tanpa krim. Korang boleh simpan puding ni dalam peti ais sampai sejuk, lepas tu terus makan. Memang nikmat! Hehe.. Bila dah buat dan rasa sendiri baru la tau kesedapannya. Korang wajib cuba resepi ni. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara membuat puding kastard lapis biskut kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk kastard:

  • 4 sudu besar Tepung Kastard
  • 2 sudu besar Gula
  • 4 sudu besar Susu Pekat Manis
  • 1 cawan Air
  • 1 cawan Susu Segar
  • Biskut secukupnya

Bahan untuk topping:

  • 100 gm Coklat Kompaun
  • 50 ml Susu Segar
  • ½ sudu besar Mentega

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ambil susu segar masukkan ke dalam cawan, kemudian celupkan biskut ke dalam susu sekejap dan susun di dasar acuan atau bekas yang sesuai. Ketepikan dahulu.
  2. Masukkan tepung kastard, air, gula, susu pekat manis dan lebihan susu rendaman biskut tadi ke dalam periuk dan kacau sehingga semuanya larut.
  3. Setelah semuanya larut, masak adunan menggunakan api yang kecil dan sentiasa kacau supaya adunan tidak mudah hangit dan berkerak. Apabila adunan kastard sudah mendidih dan menjadi pekat boleh tutupkan api.
  4. Masukkan adunan kastard ke dalam acuan biskut yang kita telah susun tadi. Selang selikan biskut dan adunan kastard. Pastikan biskut dicelup dengan susu segar sebelum dilapis dengan adunan kastard. Buat lapis demi lapis sehingga habis. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais dan tunggu sehingga keras sedikit.
  5. Sementara itu, sediakan toppingnya. Masukkan coklat kompaun dan susu segar ke dalam mangkuk dan masak menggunakan kaedah double boiler sehingga cair, kacau sekejap dan masukkan pula mentega. Kacau lagi sehingga semuanya larut dan sebati. Angkat.
  6. Tuangkan topping coklat ke atas permukaan puding kastard yang telah keras tadi. Simpan semula di dalam peti ais lebih kurang 1 jam.
  7. Setelah semuanya keras, boleh la dipotong dan dimakan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo