Ayam Goreng Bawang Putih Memang Terangkat!

Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya terpanggil nak mencuba satu resepi yang viral di media sosial baru-baru ni iaitu ayam goreng bawang putih. Bila tengok resepi ni asyik lalu lalang di wall facebook saya, memang nampak menyelerakan betul. Hehehe.. Ternyata bila saya sendiri dah cuba buat resepi ni memang tak menyesal, sedap rupanya resepi ni walaupun bahan-bahannya sangat simple je.. Aroma bawang putih tu sungguh menggoda! Bila tergigit bawang putih macam tu je pun dah sedap, apa lagi kalau makan sekali dengan ayamnya, memang terangkat rasa dia! Hahaha.. Nak buat resepi ni pon tak susah bahan-bahannya pun mudah dan memang biasa ada je di dapur. So, apa tunggu lagi, korang wajib cuba resepi ni tau! Selamat mencuba.

Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat ayam goreng bawang putih. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • 1 biji Bawang Besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • ½ inci Halia
  • 1 sudu kecil Biji Ketumbar
  • 1 sudu besar Sos Tiram
  • 1 Kiub Ayam
  • Lada hitam (optional)
  • Lada sulah (optional)
  • 3-5 sudu besar Tepung Ubi
  • 5 ketul Ayam
  • 8-10 ulas Bawang Putih (diketuk sedikit)

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan biji ketumbar dengan sedikit air sehingga halus.
  2. Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan tuangkan bahan kisar tadi. Masukkan pula sos tiram, kiub ayam, lada hitam, lada sulah dan tepung ubi. Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati. Perap ayam selama 30 minit atau lebih jika ingin ayam lebih sedap.
  3. Panaskan minyak secukupnya, goreng ayam hingga kekuningan sedikit dan angkat. Sejukkan sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian, gorengkan semula ayam tadi bersama-sama bawang putih yang telah diketuk sedikit, sehingga ayam betul-betul masak dan bawang putih naik bau dan garing. Siap! Boleh angkat dan hidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo