Puding Kek Kastard Kombinasi Yang Sangat Sedap!

Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi puding iaitu puding kek kastard. Untuk resepi puding kek kastard ni agak special sikit sebab kek yang digunakan berada ditengah-tengah puding ni. Kombinasi puding dan kek gulung ni kena sangat la dan rasanya pun sangat sedap. Untuk kek gulung tu korang boleh tukarkan dengan perisa lain contohnya seperti coklat, vanila, kopi atau sebagainya mengikut selera masing-masing. Nak buat puding kek kastard ni tak susah sangat, hanya menggunakan bahan-bahan biasa yang mudah untuk didapati. Korang boleh cuba buat puding ni untuk jamuan dirumah atau boleh juga dijadikan sebagai sumber jualan. Selamat mencuba!

Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat puding kek kastard. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • Kek Gulung (secukupnya)
  • ½ cawan Tepung Kastard
  • ½ cawan Gula
  • ½ cawan Susu Cair
  • 1 biji Telur
  • 60 gm Mentega
  • 1 ¾ cawan Air
  • 1 sudu besar Serbuk Agar-Agar
  • 1 sudu kecil Esen Vanila

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Potong kek gulung sama besar bersaiz 14mm. Ketepikan dahulu.
  2. Masukkan tepung kastard, susu cair, telur dan esen vanilla ke dalam mangkuk. Kacau sampai sebati. Ketepikan dahulu.
  3. Seterusnya masukkan air, serbuk agar-agar, gula dan mentega ke dalam periuk. Masak dan kacau sehingga kesemuanya larut. Kemudian, masukkan bancuhan tepung kastard dan telur tadi. Masak dengan menggunakan api yang kecil sehingga adunan menjadi pekat. Pastikan kacau sentiasa supaya adunan tidak berketul-ketul dan tidak mudah hangit. Apabila sudah mendidih, boleh tutupkan api.
  4. Sediakan acuan atau loyang yang sesuai bersaiz 5 inci. Masukkan separuh adunan puding yang telah dimasak tadi dan ratakan pada keseluruhan acuan. Kemudian, susun kek gulung sehingga penuh diatas permukaan puding. Separuh lagi lebihan puding tadi boleh letakkan di bahagian atas menutupi keseluruhan kek gulung.
  5. Simpan puding di dalam peti sejuk sehingga keras sepenuhnya. Setelah keras, boleh la dipotong dan dimakan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo