Assalamualaikum. Hai semua. Kali ini saya nak kongsikan cara untuk membuat resepi puding lapis dengan menggunakan biskut cracker ataupun biskut yang lebih dikenali sebagai biskut kering. Dengan hanya beberapa bahan yang mudah untuk didapati, kita dah boleh menghasilkan puding yang sedap dan sangat lembut. Cara nak buatnya pun sangat senang. Puding lapis biskut cracker ni boleh dibuat satu lapisan atau beberapa lapisan menggunakan warna yang berbeza supaya nampak lebih cantik dan menarik. Jika inginkan puding yang lebih sedap, boleh juga masukkan perisa coklat, perisa pandan, perisa strawberi, milo, horlick, koko atau apa-apa perisa lain pada setiap lapisan mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba semua!
Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat puding lapis biskut craker. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahannya:
- 25 keping Biskut Krim Kraker
- Air Panas (secukupnya) (di toskan selepas biskut kembang)
- 4 biji Telur
- ½ cawan Susu Pekat Manis
- 1 sudu kecil Esen Vanila
- Pewarna makanan
Cara-cara membuatnya:
- Mula-mula masukkan biskut krim kraker ke dalam mangkuk yang besar. Tuangkan air panas secukupnya sehingga semua biskut tenggelam dan rendamkan biskut sehingga kembang.
- Setelah biskut kembang, toskan lebihan air yang ada pada biskut.
- Kemudian, masukkan biskut ke dalam blender diikuti dengan telur, susu pekat manis dan esen vanilla. Kisar kesemua bahan sehingga hancur dan betul-betul halus.
- Seterusnya, tuangkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan bahagikan adunan sama banyak kepada 4 bahagian. Letakkan 4 pilihan pewarna makanan yang berlainan ke dalam setiap adunan dalam mangkuk tadi dan kacau rata.
- Sediakan acuan atau loyang yang sesuai. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan alaskan dengan baking paper. Sementara itu, boleh panaskan air kukusan. Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mengukus adunan puding.
- Langkah seterusnya, masukkan lebih kurang 2 senduk adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
- Apabila adunan telah masak, masukkan pula lapisan yang kedua dan kukus lagi selama 5 minit. Bila lapisan kedua masak, ulang lagi proses yang sama untuk lapisan seterusnya sehingga kesemua adunan tadi habis. Kukus setiap lapisan selama 5 minit. Tapi, untuk lapisan yang terakhir kukus selama 10 minit dan selepas itu, buka penutup kukus dan teruskan mengukus lagi selama 5 minit supaya permukaan puding kering dan licin.
- Apabila puding telah masak, sejukkan dahulu sebelum di potong untuk mendapatkan potongan yang kemas dan cantik. Siap! Sedia untuk dimakan.
Panduan mengukus:
- Kukus 5 minit setiap lapisan.
- Kukus 10 minit untuk lapisan terakhir.
- Buka penutup kukus dan kukus lagi 5 minit supaya permukaan puding kering dan licin.
Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo