Assalamualaikum dan hi semua. Pada perkongsian kali ni saya ingin membuat resepi yang berasaskan daging iaitu daging kaprau. Daging kaprau ialah masakan Thailand yang menggunakan daging yang digoreng bersama pes tomyam dan ditambah dengan beberapa bahan lain serta sos ke dalamnya sebagai perencah. Dalam resepi asal salah satu bahannya menggunakan daun selasih, tapi saya gantikan dengan daun limau purut sebab saya takde daun selasih. Hehehe.. Tapi rasanya tetap sedap. Daging kaprau ni sedap dan sesuai dimakan bersama nasi putih panas. Walaupun resepi ni dari Thailand namun rasa daging ini sesuai dengan tekak melayu. Jika korang ada masa terluang boleh cuba resepi daging kaprau ni, boleh jimat tidak perlu beli dan makan di kedai. Masak sendiri lebih yakin dan berbaloi. Selamat mencuba!
Saya ada sediakan video cara membuat daging kaprau kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan untuk daging kaprau:
- 250 gm Daging Lembu (batang pinang)
- 2 Sudu Besar Pes Tom Yam
- ½ Biji Bawang Besar
- 7-8 tangkai Cili Padi
- 1 Sudu Besar Kicap Manis
- 1 Sudu Besar Sos Cili
- ½ Biji Bawang Holland
- 5-6 helai Daun Limau Purut
- Lada Benggala
- Cili Besar Merah
Cara-cara membuat daging kaprau:
- Mula-mula, campurkan daging dengan pes tomyam dan gaul rata. Perap sekejap.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan cili padi sehingga layu.
- Kemudian, masukkan daging yang telah diperap tadi dan masak sehingga daging agak kecut dan mengeluarkan air. (Jika menggunakan daging biasa boleh tambah air dan masak sehingga daging lembut).
- Seterusnya, masukkan kicap manis, sos cili dan daun limau purut. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan bawang holland, lada benggala dan cili besar merah. Kacau lagi hingga semua bahan sebati. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo