Tauhu Goreng Berlauk Confirm Laju Makan!


Assalamualaikum. Hai semua. Pernah makan tauhu goreng berlauk tak? Kalau tak pernah, jom cuba resepi ni. Tauhu berlauk ni di dalamnya sangat moist dan luar pulak garing. Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ni sangat mudah untuk didapati. Tauhu goreng berlauk ni sesuai buat untuk minum pagi dan petang. Boleh makan dengan sambal kicap atau makan macam tu je pon dan sedap sangat. Selepas dikukus, tauhu boleh disejuk bekukan. Bila nak makan nanti baru celup dengan telur dan digoreng. Jimat tau kalau buat sendiri dapat banyak dan puashati. Hehe. Selamat mencuba.

Sebelum korang cuba untuk buat resepi tauhu goreng berlauk ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan tauhu goreng berlauk:

  • 3 keping Tauhu Lembut
  • 2 ketul Tauhu Telur
  • 100 gm Isi Ayam
  • 1 biji Telur
  • 100 gm Lobak Merah
  • 50 gm Daun Sup
  • 1 tangkai Cili Besar Merah
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
  • 1 sudu besar Kicap Cair
  • Kukus 30 minit
  • 1 biji Telur
  • Serbuk Roti

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Potongkan tauhu lembut dan tauhu telur kecil-kecil supaya mudah untuk dikisar.
  2. Masukkan tauhu-tauhu tadi ke dalam blender bersama-sama dengan isi ayam dan telur. Kisar kesemua bahan sehingga betul-betul hancur dan lumat.
  3. Bila semuanya dah hancur, tuangkan ke dalam mangkuk dan masukkan pula lobak merah, daun sup dan cili besar merah yang dipotong halus. Perisakan dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan kicap cair. Kacau kesemua bahan sehingga sebati.
  4. Sementara itu, panaskan air kukusan terlebih dahulu.
  5. Sediakan acuan atau loyang yang sesuai dan tuangkan adunan tauhu tadi ke dalam acuan dengan ketebalan lebih kurang 1 inci. Boleh kukus adunan tauhu selama 30 minit atau sehingga masak. Pastikan air kukusan mendidih dahulu sebelum mengukus adunan tauhu.
  6. Setelah tauhu masak, sejukkan dahulu. Kemudian, keluarkan tauhu dari acuannya. Potong tauhu kepada beberapa bahagian kecil mengikut saiz yang sesuai dengan citarasa masing-masing.
  7. Seterusnya, pukulkan telur dan celup tauhu ke dalam telur dan goreng sehingga tauhu keperangan dan garing. Boleh juga celupkan tauhu ke dalam telur dan celupkan pula ke dalam serbuk roti dan goreng hingga keperangan dan garing. Siap! Boleh dihidangkan panas-panas.

Tips:-

  • boleh masukkan sedikit tepung jagung ke dalam telur supaya telur lebih pekat dan melekat pada tauhu.
  • boleh tambahkan apa-apa jenis sayuran kat dalam adunan tauhu.
  • ayam boleh digantikan dengan daging, udang, crab stick dan sebagainya.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top