Popia Bergedil Guna Kulit Popia

Assalamualaikum dan hai semua. Kali ni saya nak kongsikan resepi popia bergedil yang sangat sedap. Biasanya begedil ni dibuat menggunakan tauhu. Kali ni saya buat menggunakan kulit popia pula. Resepi begedil ni juga boleh digunakan untuk membuat bergedil biasa untuk dimakan bersama mee soto dan sebagainya. Kentang untuk membuat begedil ni saya lebih suka yang digoreng sebab rasanya lebih sedap berbanding yang direbus dan hasilnya begedil tak jadi lembik dan hancur semasa digoreng dengan telur. Boleh pelbagaikan bahan di dalam bergedil ni mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video cara membuat popia bergedil kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan popia bergedil:

  • 600gm Kentang
  • 200gm Ayam Cincang
  • 20gm Daun Bawang
  • 20gm Daun Sup
  • 40gm Bawang Goreng
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • Kulit Popia
  • 1 Biji Telur
  • ½ Sudu Besar Tepung Goreng Segera

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Hiris kentang lebih kurang dalam 1/2 cm. Goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.
  2. Masak ayam cincang tanpa minyak. Bila ayam dah masak, tumbuk ayam dan kentang tadi sehingga hancur. Buat sehingga habis semuanya.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam mangkuk. Letakkan daun bawang, daun sup, bawang goreng, garam dan lada hitam. Gaul semua bahan sampai rata dan sebati. Bentukkan bergedil menjadi seperti bentuk silinder (boleh rujuk video). Buat sehingga habis.
  4. Seterusnya, ambil sekeping kulit popia dan lipat memanjang 1/3 daripada kulit popia, selepas itu letakkan inti bergedil tadi di atasnya. Lipatkan bahagian bawah kulit popia menutupi inti bergedil dan gulung sehingga ke hujung. Lekatkan kulit popia dengan tepung gandum yang dibancuh dengan air. Ulang proses yang sama sehingga habis (boleh rujuk video).
  5. Untuk menggoreng popia, campurkan telur dengan sedikit tepung goreng segera. Celup popia tadi dan goreng dengan menggunakan api yang sederhana. Bila dah masak dan garing boleh angkat dan hidangkan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top