Bingka Tepung Beras Gula Merah Yang Semakin Dilupakan

Assalamualaikum dan hi semua. Kali ini saya nak kongsikan salah satu resepi kuih traditional melayu yang telah lama dilupakan iaitu kuih bingka tepung beras gula merah atau juga dikenali sebagai bengkang gula merah. Tetapi dalam resepi ni, sebenarnya saya menggunakan gula kabung untuk menggantikan gula merah. Korang boleh je guna gula apa-apa pun asalkan warnanya merah seangkatan dengan gula merah. Hehe. Rasanya tetap sedap, lemak manis. Kuih bingka ni lebih sedap jika menggunakan santan segar asli. Saya lebih suka kuih bingka yang garing di atasnya. Boleh juga taburkan sedikit bijan sebagai hiasan di atasnya jika suka. Adunan bingka yang saya buat ni boleh dapat 9 ketul kuih saiz sederhana. Selamat mencuba!

Tapi sebelum korang nak buat bingka tepung beras gula merah ni, apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya lebih senang faham cara penyediaan dan membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Tepung Beras
  • 3 sudu besar Tepung Gandum
  • ½ cawan (80 gm) Gula Kabung/Gula Merah
  • 3 sudu besar Gula Putih
  • 1 kotak (200 ml) Santan
  • 2 cawan Air
  • ¼ sudu kecil Garam

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula, masukkan gula kabung, gula putih dan air ke dalam periuk. Masak sehingga gula larut. Setelah gula larut, angkat dan tapiskan. Ketepikan dahulu dan biarkan sejuk.
  2. Kemudian, masukkan tepung beras, tepung gandum, garam, santan dan air gula tadi ke dalam mangkuk. Kacau sehingga semuanya sebati.
  3. Tapiskan adunan ke dalam periuk dan masak sehingga adunan naik wap dan menjadi sedikit likat. Kacau sentiasa supaya adunan tidak berketul-ketul.
  4. Seterusnya, tuangkan adunan yang telah masak tadi ke dalam loyang atau acuan yang sesuai. Sapukan layong atau acuan dengan mentega atau marjerin supaya senang dikeluarkan setelah dibakar.
  5. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar adunan pada suhu 170°C selama 40-45 atau sehingga masak. Untuk mendapatkan bingka yang lebih garing di atasnya, boleh tambahkan masa membakar selama 5-10 minit lagi menggunakan api atas sahaja.
  6. Siap. Boleh la dihidangkan dan dimakan. Pastikan bingka betul-betul sejuk dahulu sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan bingka yang cantik dan kemas.

Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top