Assalamualaikum dan hai semua. Kali ni saya nak kongsikan resepi salah satu kuih tradisional iaitu pulut urap. Ada pelbagai cara untuk membuat pulut urap ni. Saya buat pulut urap ni dengan campuran ikan goreng kerana rasanya lebih sedap berbanding urap yang hanya menggunakan kelapa parut sahaja. Ikan goreng juga boleh digantikan dengan ikan rebus atau udang kering. Pulutnya pula saya kukus dengan santan, sedikit gula dan garam supaya pulut tu sendiri akan seimbang rasa lemak, manis dan masinnya. Resepi pulut urap ni akan jadi lebih sedap bila ditambah Knorr Pasti Sedap. Selamat mencuba.
Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat pulut urap. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan untuk pulut urap:
- 1 Cawan Pulut Beras
- Santan Cair Secukupnya
- Garam
- Gula
Bahan untuk inti:
- 2 Ekor Ikan Sardin (digoreng)
- 1 Biji Bawang Merah
- 2 Ulas Bawang Putih
- ½ Inci Halia
- 6-7 Tangkai Cili Kering
- 2 Batang Serai
- Air
- Kiub Ikan Bilis Knorr
- 1 Cawan Kelapa Parut
- Gula
Cara-cara untuk membuatnya:
- Basuh beras pulut dan rendam selama 1-2 jam. Toskan.
- Masukkan pulut dalam loyang. Kemudian, masukkan santan cair, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan tambah lagi santan cair sehingga sama paras dengan pulut. Kukus pulut selama 15-20 minit atau sampai pulut masak.
- Sementara itu, sediakan inti kelapa urap. Ambil isi ikan sardin yang telah digoreng, masukkan dalam blender bersama-sama dengan bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan juga serai. Kisar dengan sedikit air sampai halus.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan kiub ikan bilis knorr dan kacau rata. Masukkan kelapa parut dan gula secukup rasa. Kacau lagi semua bahan dengan menggunakan api yang kecil sehingga sedikit kering.
- Akhir sekali, ambil pulut yang telah masak, gumpalkan menjadi bentuk bulat. Gaulkan atau golekkan pulut dengan inti kelapa urap tadi. Buat sehingga semuanya habis. Siap! Sedia untuk dimakan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo