Pisang Karamel Sos Kastard Mudah Tapi Sedap

Assalamualaikum. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan satu resepi pencuci mulut yang menggunakan bahan-bahan mudah namun hasilnya sangat la sedap iaitu pisang karamel sos kastard. Dalam resepi ni saya gunakan pisang berangan. Jika tiada, boleh tukar pisang berangan dengan pisang emas. Buah-buahan lain yang digunakan dalam resepi ni boleh dipelbagaikan mengikut selera masing-masing. Boleh campur buah yang masam dan manis supaya seimbang rasanya. Sos kastard yang manis, pekat dan berlemak menjadikan resepi ni bertambah sedap. Selamat mencuba.

Sebelum korang cuba buat resepi pisang karamel sos kastard ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • Mentega @ Marjerin
  • Pisang Berangan
  • 1 sudu besar Tepung Kastard
  • 2-3 sudu besar Gula
  • ½ cawan Air
  • 1 tin Susu Cair
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • Beri Biru
  • Strawberi
  • Krenberi Kering
  • Ceri Manis

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan sedikit mentega dalam kuali dan masukkan pisang. Masak pisang sehingga coklat keperangan kedua-dua bahagian atas dan bawah. Angkat dan ketepikan dahulu.
  2. Sediakan periuk dan masukkan tepung kastard dan gula Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga tepung kastard larut. Masukkan pula susu cair dan kacau rata.
  3. Kemudian, letakkan periuk di atas dapur dan masak sehingga sedikit pekat dengan menggunakan api yang kecil. Pastikan sentiasa kacau supaya sos kastard tidak mudah hangit dan berketul-ketul. Masukkan sedikit esen vanilla dan kacau rata. Tutup api dan angkat.
  4. Letakkan pisang yang telah di masak tadi di atas pinggan atau mangkuk yang sesuai, tuangkan sos kastard di atasnya. Hiaskan dengan buah beri biru, strawberi, krenberi kering dan ceri manis di atasnya. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Tips:

  • Gunakan pisang jenis yang sesuai untuk makan terus contohnya pisang berangan dan pisang emas.
  • Boleh pelbagaikan buah-buahan untuk dimakan bersama pisang karamel ni mengikut selera masing-masing.
  • Boleh lebih atau kurangkan gula di dalam sos kastard mengikut kemanisan yang kita suka.

Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top