Kek Batik Horlick Marvelous

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi dessert yang teramat sedap iaitu kek batik horlick. Korang tentu dah biasa makan kek batik milokan? Jadi apa kata kali ni korang cuba pula buat dan rasa kesedapan kek batik horlick pula. Cara nak buatnya pon senang je dan bahan-bahannya pun tak banyak. Korang boleh buat untuk makan sendiri atau pun buat untuk jualan juga. Mesti laku keras. Hehehe.. Selamat mencuba!

Sebelum korang cuba buat resepi kek batik horlick ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • 180 gm (30 keping) Biskut Marie
  • 1 cawan Horlick
  • ¼ cawan Susu Penuh Krim
  • 100 gm Mentega
  • 1 biji Telur
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 1/3 cawan Susu Pekat Manis

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ambil biskut marie dan patahkan kecil-kecil. Ketepikan dahulu.
  2. Masukkan telur, esen vanila, susu pekat manis, susu penuh krim dan horlick ke dalam periuk atau kuali. Kacau sehingga sebati.
  3. Setelah sebati, letak atas dapur dan masukkan mentega. Masak semua bahan sehingga mentega cair dan adunan menjadi pekat. Tutup api dan masukkan biskut marie tadi dan kacau sehingga semuanya rata dan sebati.
  4. Sediakan loyang atau bekas yang sesuai bersaiz 5×5 inci dan tuangkan adunan tadi dan ratakan permukaannya. Simpan dalam peti ais sampai keras.
  5. Setelah keras keluarkan dari peti ais dan boleh potong dan hidangkan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top