Blondies Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Assalamualaikum hai semua. Kali ni saya kongsikan cara untuk membuat blondies. Blondies ni lebih kurang macam brownies tapi warna dia perang sebab tidak menggunakan coklat masakan di dalamnya. Tekstur blondies ni macam campuran cookies dan kek. Boleh tambahkan pelbagai bahan dan kekacang lain di dalam blondies ni mengikut citarasa dan selera masing-masing. Kalau nak blondies yang lebih nipis dan rangup, boleh guna bekas yang lebih besar bersaiz 8@9 inci. Rasa blondies ni memang sangat sedap macam makan biskut yang lembut di dalam dan rangup di luar. Kalau nak rasa kelainan selain makan brownies, boleh cuba resepi blondies ni. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video cara membuat blondies kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • ½ cawan (113 gm) Mentega (tanpa garam)
  • 1/3 cawan (70 gm) Gula Perang
  • 1 biji Telur (saiz A)
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 1 cawan (125 gm) Tepung Serbaguna
  • ¼ sudu kecil Garam
  • ½ cawan (80 gm) Cip Coklat (separa manis)
  • ¼ cawan (30 gm) Pecan
  • ¼ cawan (30 gm) Walnut

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sukat dan cairkan mentega di dalam periuk. Setelah cair, masukkan ke dalam mangkuk bersama-sama dengan gula perang. Pukul menggunakan mixer sehingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi dengan kelajuan yang tinggi sehingga gula hancur dan kembang.
  3. Seterusnya, masukkan tepung dan garam. Pukul menggunakan whisk sehingga sebati sahaja, tak perlu pukul terlalu kuat dan lama. Kemudian, masukkan cip coklat, walnut dan pecan. Kacau hingga rata.
  4. Sementara itu, boleh panaskan oven lebih kurang 10-15 minit.
  5. Sediakan acuan yang sesuai, sapukan dengan mentega dan alaskan dengan baking paper. Masukkan adunan tadi dan ratakan. Bakar pada suhu 170°C selama 25-30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
  6. Apabila blondies telah masak, boleh sejukkan dahulu dan potong mengikut kesesuaian. Siap! Sedia untuk dimakan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top