Assalamualaikum dan hi semua. Kali ini saya ingin kogsikan resepi kuih kaswi pandan. Kaswi pandan adalah sejenis kuih tradisional yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Siapa peminat kuih-kuih yang berasakan pandan, wajib cuba resepi ni. Kuih kaswi pandan ini diperbuat daripada bahan-bahan seperti tepung gandum, tepung ubi, gula, santan dan air daun pandan. Kuih kaswi pandan ni rasanya manis dan berlemak. Bau wangi dari pandan asli menaikkan lagi rasa dan aroma kuih ni. Nak makan kuih kaswi ni tanpa gaul dengan kelapa pun boleh sebab sedap juga kalau dimakan begitu sahaja. Tekstur kuih kaswi ni agak kenyal sedikit tapi masih lembut bergedik-gedik. Hehe.. korang yang nak buat berniaga dalam pek-pek yang kecil pon sangat sesuai yea.. Selamat mencuba!
Tapi sebelum korang cuba buat kuih kaswi pandan ni, apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya senang faham cara penyediaan dan membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan kaswi pandan:
- 1 cawan Tepung Gandum
- ½ cawan Tepung Ubi
- ½ cawan Gula
- 1 cawan Santan
- Secubit Garam
- 1 sudu kecil Air Kapur
- Pewarna Makanan Hijau
- 1 ½ cawan Air Pandan
Bahan untuk kelapa (salutan kuih):
- ½ cawan Kelapa Parut
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula
Cara-cara untuk membuat kaswi pandan:
- Mula-mula kisarkan daun pandan dengan air. Tapis dan sukat mengikut sukatan di atas.
- Kemudian, dalam mangkuk campurkan tepung gandum, tepung ubi, garam dan air pandan sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga semua bahan sebati.
- Seterusnya, masukkan pula santan, air kapur dan sedikit pewarna makanan hijau ke dalam adunan. Teruskan kacau adunan sehingga semuanya larut dan sebati.
- Sementara itu, boleh panaskan air kukusan.
- Sediakan loyang bersaiz 5″x5″ inci yang telah dioleskan dengan minyak masak.
- Tapiskan adunan ke dalam loyang supaya tiada tepung yang berketul-ketul dan adunan lebih licin.
- Kukus adunan kuih selama 20-25 minit atau sehingga masak. Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum mengukus kuih.
- Kemudian boleh sediakan kelapa untuk salutan kuih. Campurkan kelapa parut dengan garam serta sedikit gula dan gaul sebati. Kukuskan selama 5-10 minit supaya kelapa tidak mudah basi.
- Setelah kuih masak, pastikan kuih betul-betul sejuk dahulu sebelum dipotong. Setelah kuih sejuk, potong kuih dan salutkan dengan kelapa parut tadi dan boleh la dihidangkan. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo