Assalamualaikum dan hi semua. Pada perkongsian kali ini, saya akan memperkenalkan panduan lengkap untuk membuat nasi beriani daging express yang sedap dan mudah, dengan hanya menggunakan daging kambing dalam tin dan rempah ratus yang boleh didapati dengan mudah di dapur. Dengan menggunakan daging kambing dalam tin yang boleh dibeli siap di pasaraya kerja memasak nasi beriani ni akan jadi lebih mudah dan cepat siap. Rasanya pun memang sangat sedap dan tak perlu susah-susah lagi nak rebus daging kambing segar yang akan memakan masa yang agak lama. Resepi ini pasti memuaskan selera dan juga membolehkan korang menyediakan hidangan yang lazat dalam masa yang singkat lebih-lebih lagi untuk hidangan tetamu yang datang ke rumah. Selamat mencuba!
Sebelum korang cuba buat resepi nasi beriani daging express ni, korang boleh tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahannya:
- 1 tin Kari Kambing
- 2 sudu besar Bawang Merah Kisar
- 1 sudu besar Bawang Putih Kisar
- 2 sudu besar Minyak Sapi
- 2 kuntum Bunga Lawang
- 4 biji Buah Pelaga
- 2 batang Kulit Kayu Manis
- 1 ketul Kiub Pati Lembu
- ½ cawan Susu Cair
- ½ biji Tomato
- 2 pot Beras Basmathi (rendam selama 30 minit, cuci dan toskan)
- Air (secukupnya)
- 4 biji Telur Rebus
Cara-cara untuk membuatnya:
- Panaskan minyak sapi dalam kuali dan masuk bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis. Tumis sebentar. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih. Tumis lagi sehingga naik bau.
- Masukkan tomato dan kari kambing dalam tin dan masak sehingga tomato layu.
- Kemudian, masukkan kiub pati lembu dan juga susu cair. Kacau dan tunggu sehingga mendidih. Masukkan beras basmathi dan kacau lagi hingga beras rata dan sebati.
- Setelah itu, pindahkan kesemua bahan tadi ke dalam rice cooker dan masukkan telur rebus serta air secukupnya. Kacau sikit dan masak macam biasa.
- Setelah nasi masak, boleh hiaskan dengan daun ketumbar, cili besar, kacang gajus, kismis atau apa sahaja yang sesuai jika suka. Siap! Sedia untuk di makan.
Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo