Cheesekut Mudah dan Sedap

Assalamualaikum. Cheesekut ni dessert @ pencuci mulut yang paling senang dan sedap untuk dibuat dan dimakan. Hehe.. Resepi yang pernah jadi viral dulu. Siapa yang tak pernah rasa ni rugi la. Heh.. Nak buatnya senang sangat. Tak payah nak bakar-bakar. Cuma perlu mix cream cheese dan celup-celup biskut je. Yang tak ada mixer tu jangan risau. Nak mix guna blender pun boleh.

Untuk topping pulak, boleh tambah @ tukar apa-apa topping kesukaan masing-masing. Nak tambah nestum ke oreo ke jem buah-buahan ke.. Letak hirisan buah segar pun sedap jugak macam strawberi ke kiwi ke.. So ada rasa masam-masam sikit. Tak muak sangat makan rasa cheese tu. Ikut la selera masing-masing ye. Biskut yang saya guna ni biskut kraker original. Dia lebih rangup berbanding biskut krim kraker. Atau pun boleh jugak ganti dengan biskut marie. Boleh la try n error kalau nak tau yang mana lebih sedap ok.. ??

Kalau nak tengok tutorial macam mana saya buat cheesekut ni, boleh tengok video kat bawah ni ok.. Enjoy!!!

Bahan-bahan Cheesekut:

  • 250 gram cream cheese
  • 200 gram susu pekat (lebih kurang 1/2 tin)
  • Susu segar
  • Biskut kraker original
  • Milo

Cara-cara :

  1. Pukul cream cheese dan susu pekat sehingga sebati. (boleh tambah susu pekat ikut citarasa sendiri)
  2. Masukkan 2 sudu besar susu segar. Pukul sebati.
  3. Celupkan biskut ke dalam susu segar. (sekejap je)
  4. Susun ke dalam loyang.
  5. Letakkan cream cheese diatas biskut tadi. (nipis-nipis je)
  6. Taburkan serbuk milo diatasnya. (atau apa-apa topping kegemaran masing-masing. Cth: nestum, vico, jem strawberi, jem blueberi, hirisan buah-buahan)
  7. Ulang proses yang sama sehingga habis. Atas sekali letak cream cheese tebal sikit.
  8. Masukkan ke dalam peti ais sehingga keras untuk mudah dipotong.

Nota:

  • Boleh tambah @ kurangkan susu ikut citarasa masing-masing.

cheesekut

cheesekut

cheesekut

cheesekut


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top